
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Dengan penuh kesyukuran diatas limpah kurnia Ilahi dan dengan hormatnya, kami ingin menjemput
Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Ke majlis perkahwinan antara
Salwa binti Mohd Saleh
&
Khairil Idham bin Ismail
Tarikh : 9 Ogos 2008
Tempat : 18, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu : 10.00 pagi – 6 petang
Semoga dengan kehadiran para jemputan akan menyerikan majlis ini.
Doa untuk pasangan Idham & Salwa:
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu didalam kebaikan)
******************
Dear Datuk/Datin/Mr/Madam/Miss,
We request the pleasure of your company to share with us a special moment as we celebrate the marriage between
Salwa Binti Mohd Saleh
&
Khairil Idham bin Ismail
Date : 9 August 2008
Venue : 18, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan, Perak
Time : 10.00 am– 6 pm
We appreciate your attendance to the wedding reception.
---------------------------------------------
Download Virtual Map
Download Virtual Card
Download Sofy Copy Walimah Card
Server mungkin agak busy. utk lihat map dan kad virtual, boleh juga ke:
http://www.flickr.com/photos/walimahidhamsalwa
---------------------------------------------
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja.
Saya juga tersenyum mengenangkan, perlukah ada angin dan ribut untuk sebatang pokok bergoyang? Tak semestinya bukan?
Beginilah…
Saya harus berlaku adil memandangkan teman-teman saya terdiri dari pelbagai golongan dalam lapisan masyarakat. Tua, muda, remaja, anak-anak sekolah, guru,ahli korporat, swasta, kerajaan, dari kampung, dari bandar dsb. Tentu sahaja isu dan fikirannya berbeza.
Dalam menghadapi jutaan persoalan, apa yang dapat saya katakan, Allah memudahkan segala urusan dan harapnya terus dipermudahkan. Segalanya berlaku dengan pantas dan ada yang tidak terjangkakan oleh kami sendiri.
Cukup sebagai pengenalan, bakal zauj (suami) saya asalnya dari Seremban. Tika menulis ini pun, masih belum ada di Malaysia. In sya Allah akan pulang ’for good’ dari Moscow pada 20 July ini dan akan berkhidmat dengan masyarakat sebagai pegawai perubatan (doktor) selepas ini. Walaupun pernah berada dibawah satu bumbung pengajian menengah tahun 2000-2001, tidak pernah ada perbualan antara kami baik ditalian, internet, conference apa lagi perbualan lansung. Kali terakhir terlihat pun mungkin tahun 2001.Kesimpulannya? Fikirlah sendiri.
Itu sahaja mungkin yang dapat saya ceritakan. Selebihnya, saya juga sedang mencari dan mengenali.
Doakan semuanya selamat dan urusan ini dipermudahkan.Doakan baitul muslimnya bakal menjadi keluarga sakinah yang penuh mawaddah dan rahmah, juga melahirkan generasi yang memberi manfaat kepada umat seluruh dunia.
Wallahu’alam
wassalaam
