50 dan lima puluh

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Assalamualaikum warah matullah

Dear all,

nothing much to talk about.been so busy lately. Hari ni nk share somethin which i think doesnt make one grain of sense if u are not from my ex school or college i should say.(heee...nothin to do with assabiyyah okie?)

the thing bout these words ni, die ditulis oleh one of my friends from 01 batch.. and if u know him, u will be a lil bit suprise to see how far he went with the short story and wrote all of these lovely and touchin words.mabruk alaik!!


masih terngiang2 antara kata2 awal sewaktu menjejakkan kaki disana; 2 kata utama di bumi waqafan tercinta:



Litakhrijil Qadatil Muttaqinal Muthaqqafin
Untuk melahirkan Pemimpin yang Bertaqwa dan Berilmu pengetahuan

Fastaqim kama Umirta
Tetaplah sebagaimana yg diperintahkan

aight,here we go....

----------------------------------------------

KOLEJ ISLAM

"Arakian, dari tahun 1955 hinggalah ke tahun 2005, sudah 50 tahun Kolej Islam menempa berita dan nama. Dari keberangkatan Tuan Syed Ibrahim Omar Al-Sagoff ke istana raja, berterusanlah kepada rentetan pertukaran namanya. Dari satu ke satu dan ke satu. Namanya berbeda, gugusan cita-cita dan rohnya tetap sama. Lima puluh (50). Ada yang melihatnya hanya sebagai nombor. Ada juga yang melihatnya sebagai usia. Jarang-jarang sekali yang melihat hakikatnya sebagai cahaya. Itu dia pada tahun ke-45, ke tahun yang sekian selepas itu, ada mereka yang menumpang di sebalik restu. Dan mereka itu adalah KITA, warga Kolej Islam Sultan Alam Shah 2000-2001. Cahayanya begitu indah dan anggun. Biasannya mencapah, membentuk seakan-akan sebuah sangkar yang emas warnanya. Kita terkurung, dan ada kalanya lemas meronta-ronta untuk keluar. Dan kemudian kita lelah, dan kemudian kita redha dan kemudian kita bertahan.

Tamat tahun 2001,ramai yang telah bebas, namun masih ada juga yang berkurung. Bukan mereka terpaksa, tapi keinginan yang memaksa mereka buat terus bertahan. Kepada kalian, syabas, kerana kalian sungguh beruntung. Berdiri lebih lama di atas tanah waqafan adalah keberuntungan yang tidak kami perolehi. Dan sekarang, semua di antara kita telah berada di luar. Ada yang masih memerhati, ada juga yang sudah berpaling daripada melihat ke arahnya, sebuah sangkar cahaya yang berwarna emas. Namun hakikatnya, maut pun tidak akan dapat memadamkan nama di antara kita, tersenarai sebagai mereka-mereka yang pernah menumpang di lembayung cahayanya. Tidak pernah sekali juga, kita akan dapat memuntahkan bercangkir-cangkir ilmu dan bertalam-talam pengajaran yang telah disuapkan. Apatah lagi memulangkan mutiara-mutiara yang telah dihalalkan. Dan sekarang, semua di antara kita adalah penghutang.


Penghutang yang masih belum jelas lagi bayaran hutangnya. 2 di antara kita telah pergi. Tidak tahu siapa lagi selepas ini. Kepada yang masih tertinggal, ingatlah tempat yang dahulunya kita berada. Tanah yang langit dan buminya sama-sama kita junjung dan berpijak dan namanya yang selalu terpuja. 2010 genap sedekad ulang tahun kaki kita menjamah baraqah di bumi waqafan. Dari kejauhan, kedengaran halus bisikan panggilannya. Panggilannya bersulam antara suka dan duka, antara sembuh dan luka, antara rindu dan cinta. Lembut bagai sutera, mencengkam badai rasa"



KISAS memanggil 2010!
AYUH SEKALIAN KITA BERJUMPA!
(prepared by: TAWIL)

------------------------------------------

its better late than never!!!!!

:)


ALumni Kolej Islam (ALKIS)

No comments:

Post a Comment

Instagram