Takut & Harap

Assalamualaikum wbt

Ape khabar? Dah lama rasa cam tak tanye khabar kat readers. Hehe hee. Harap sume orang sehat-sehat ajer.

Hurm, cam dh lama plak rasa tk update (wpon tkde la lama sangat actually.uhhuhu) Nak tulis macam2, tp everytime rasa nk tulis, rasa mende tuh mcm tk penting pulak. Kalau pun tk penting, rasa mcm takut berunsur ‘cerita peribadi’ semata-mata.ish2....tatau la naper. Tapi tkpe la. Abaikan aje. Biasa la tuh.kadang2 mcm2 perasaan ade. Kite bukan cam malaikat..kan? =)

Hari tu ade janji. Janji nk kupas konsep TAKUT dan HARAP. So, rasanya hari nih nk ‘tunai’kan janji tuh la kot.Mari kite tengok serba sket, ape yang ade disebalik konsep nih…

Jom!!

-Kepak sang rerama-

Kalau kite perhatikan rama-rama terbang, die gune dua kepak kan? (maybe kalau rama-rama tk normal ataupun beyond 2000 punyer edition, die ade lebih kepak la kot). Imagine konon2 kite tgk ade sekor rerama tuh.Usha punye usha.Hurm…cantik.byk kaler2.Then die terbang2. then cuba fikir balik, bleyh ker kalau die terbang pakai satu kepak aje? Possible tk? Hurm, susah tuh.Mmg kalau dah namanya terbang, mesti pakai dua kepak, right?

So, begitulah jugak yang kite namakan konsep takut dan harap ni. Ianya umpama dua kepak rama-rama yang kite ‘imagine’ tadi. Sebelah kepak adanya ketakutan dan seiring dengan itu, ada satu lagik kepak yang bernama harapan. Barulah sempurna penerbangan si rama-rama. Aduhai, indah bukan?

Setiap kali ‘terbang’, si rerama akan mengepak2 kan kedua-duanya. Sayap takut dan sayap harap.Tak ada sekalipun si rerama meninggalkan satu kepak, dan hanya terbang dengan satu kepak sahaja.Kedua-dua kepak ini jugak (kejap kepak, kejap sayap.ape2 la) mesti BALANCE. Ade penah tgh rama2 terbang satu kepak besar, satu lg kecik? Mane ade kan?

-Al-A’raaf, ayat 56-

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

Jelas, terang dan nyata. Mcm pakai torch light atau lampu spotlight lagik. Dalam nur wahyu di atas, disebutkan betapa kite selaku hamba, kene meminta doa dalam keadaan TAKUT tidak diterima dan BERHARAP akan di kabulkan!

Skang, cuba kite pulak letak posisi kite sebagai si rama-rama. Setiap kali kite ’terbang’, adakah kite mengepakkan kedua-duanya atau hanya satu kepak sahaja? Adakah kepak ketakutan yang kite gunapakai atau hanya kepak harapan semata-mata?

Haaa, nih jadi tricky.

-Sebab?-

Sebab dalam life kite, bile kite meminta sesuatu pada Allah, kite asyik mengepakkan sayap harapan semata-mata, sampai kadang2 tuh tkde sekelumit rasa takut pun bahwa permohonan kita tadi akan ditolak. Benar? (tanye la diri sendiri benar atau tak, saya tak tahu hati anda!)

Implikasinya, bile tak dapat apa yang diminta, secara tidak sengaja (atau sengaja kadang2!) dialog2 seperti ini mungkin wujud:

”ala, dah doa banyak kali dah. Tk dapat ape pun..still teruk jugak markah aku”

”kenapa tidak dikabulkan doa aku? Allah tidak kasihani aku?”

”kenapa la aku diuji mcm ni sekali. Dah jenuh dah doa, sampai penat dah”

Ketika itu syaitan memainkan peranan. Buat kita goyah dan gusar. Dan lebih teruk lagi, hilang kepercayaan dan tawakal padaNya. Na’uzubillahi min dzalik! Jangan sampai kita seperti ini.... =(

-so,ape nk buat?-

Jangan pernah berhenti berharap dan menggantungkan segala tawakal hanya padaNya, Rabb sekalian alam. Ingatlah:

”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Allah pasti mengabulkan doa kita selagi mana kita tidak mensyirikkanNya, memenuhi perintahNya, menjauhi laranganNya, beriman padaNya. Ini formula yang tidak akan pernah silap! Janji Allah adalah benar. Cuma masa dan ketikanya utk dikabulkan doa itu, tidak kite ketahui.

Yg penting, ketika menadah tangan, jangan lupa meletakkan rasa takut akan doa kita tidak diterima. Jgn hanya berharap semata-mata.Kerana kita adalah hamba. Wajar sang hamba menyimpan rasa takut ditolak permintaan tatkala meminta sesuatu pada ’Tuan’nya.

Selepas kita berusaha, meletakkan tawakkal dan berdoa, maka sabarlah menanti doa dikabulkan. Sekejap atau tidak, in sya Allah doa kita kalau benar dan betul permintaanya, akan dikabulkan. Allah mendatangkan rezeki pada arah yang tidak kita sangka....!!

”... Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Thalaaq: 2-3)

Andai pemintaan kita tidak dikabulkan, maka muhasabah. Mungkin permintaan tadi tidak benar atau punya kekurangan ’sembahan’ ketika meminta. Belum benar-benar ikhlas mungkin? Andai semuanya telah cuba dilakukan dgn terbaik, tapi masih tidak ’berjawap”, mungkin akal cetek kita terlalu rendah untuk memahami rahsia dan hikmah disebalik tiap yang berlaku. Maka, ayat ini moga dapat dijadikan penenang:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah:216)

-dari pengalaman peribadi-

Alhamdulillah. Saye diberi peluang utk byk belajar dari pengalaman hidup (wpon umur muda lagi..heheeee). dan alhamdulillah, setelah saya fikir kembali, walaupun saya ni kekurangannya banyak, jarang benar doa saya yang tidak dikabulkan.Begitu besar dan tidak terhingga rahmat Allah.... (adakah saya cukup bersyukur? Moga saya jd hambaNya yang sgt bersyukur dan tidak kufur.Ameen). Kalau ada yang tidak terkabul, bagi saya, mungkin belum masanya doa itu dikabulkan.

Dalam situasi saya, tempoh masa antara berdoa dan dikabulkan doanya berbeza-beza. Ikutlah.kadang2 lama, kadang2 sekejap. Saya sertakan sedikit kisah peribadi dgn harapan menjadi contoh/iktibar, bukan atas niat yg lain. (jagalah hati dan ikhlasnya niatku ya Allah):

1) Saya sgt mahu memiliki komputer.sejak usia 11 tahun lg. Waktu tuh, amik kelas computer kat sekolah.wah, begitu syok... lagi2 bile cemerlang setiap test! Nak sgt ada computer.Nk ckp kt abah, tk berani.lastnya, instructor tuh telefon rumah satu malam. Saye betul2 bersila didepan telefon, mendengar perbualan abah dgn harapan menggunung. Tapi keputusannya saya tahu sebelum gagang telefon abah letak. Benar, kami belum mampu ketika itu. Saya juga akur. Sejak itu, tidak pernah surut keinginannya. Hinggalah akhirnya, penghujung 2003 ketika usia hampir mencecah 20 tahun, saya berbangga memiliki satu komputer peribadi! (allah mengabulkan permintaan saya setelah hampir 9 tahun berdoa.alhamdulillah).

2) saya mahu ke UK utk melanjutkan pelajaran sejak dari darjah 4. ya, umur saya 10 tahun ketika itu. Ketika usia 18 tahun, selepas SPM, doa dimakbulkan.Surat tawaran ke UK dalam genggaman. Namun, atas perbincangan keluarga memutuskan, lebih baik saye ke NZ, lalu atas semua tawaran yang ada, akhirnya saya memilih ke NZ, tapi saya tidak pernah lupa bahwa doa saye utk ke UK tlh dimakbulkan!

3) Satu hari, 2 minggu yang lepas di office. Saya benar2 buntu.kesilapan saya memasukkan info didlm system benar2 memberi impak yg sgt besar.waktu itu, mmg putus harap, benar2 tak tahu siapa yg boleh tlg saya ketika itu. Pecah kepala dan tak nmpk jln keluar lagi rasanya.Hanya allah tempat saya berharap. Saya ditelefon sepanjang masa sambil menghadap error di system. Asar bakal menjengah bebrapa minit lg.saya tinggalkan semua, bergegas ke bilik solat, mengadu padaNya sepuas yang mungkin. Benar, janji allah benar.serta merta bantuan datang. selepas usai solat asar,duduk saya dihadapan meja,terus ada solution yg tak pernah saya sangkakan. Solution yang datang begitu sahaja.MIRACLE.hanya allah tahu perasaanya.kerdil betul rasanya saya dihadapanNya ketika itu.saya kemudian ke bilik solat sekali lg. Solat syukur pada rahmatNya yang tk pernah-pernah putus!!!

Hurm,itu adalah secebis kisah peribadi. Banyak lagi, bertimbun2 kisah yang ada dalam diari hidup saya, tp cukuplah sekadar itu yang dikongsi. Benar, janji allah tidak pernah akan salah. Cepat atau lama, bantuan itu pasti tetap akan datang.Saya cuma khuatirkan, benarkan saya sudah cukup bersyukur? Allahu rabbi, kasihani kami.

OK lah. Macam dah panjang aje taip nih. Dah la jadi serius and formal plak tu entri kali nih..hehe..sorry2.


Wallahu’alam
Moga ada khair dan berkah dalam setiap amal. Wassalaam

18 Rabi’ul Awal 1429H
26 Mar 2008

YOU MIGHT ALSO LIKE

3 comments:

  1. kadang2 kita tak sedar apa yg kita buat tu sebenarnya itulah yang didoakan. Susah kot nak realize ocassion camtu.

    Jika merasa doa tak dikabulkan ALLAH * ingat 3 perkara ni:
    [1] Mungkin x dikabulkan sebab u r not deserved to receive that...tak layak lg/persediaan xcukup/blm smpai masa dll
    [2] Mungkin x dikabulkan sebagai kifarah dosa. The 'denial of request' sbg kifarah ALLAH, tanda DIA sayang kat kita.
    [3] Mungkin x dikabulkan sebab ada ganjaran lebih besar menanti di akhirat nanti..

    p/s * = layak ke nak zhonn cam tu?

    ReplyDelete
  2. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salam weekends akak itteww..

    ReplyDelete
  3. ada waktu dan ketikanya, saat pengucapan dibuat adalah saat doa dimakbulkan. jadi benar lah nasihat Rasulullah, agar kita menjaga dua harta ditubuh dan salah satunya adalah lisan.

    to Yang Insaf: mcm tk kenal, tp tak tahu la pulak. apepun, jzkk sudi ziarah

    ReplyDelete

Instagram