Kenapa saya sorok report card anak saya?
--------------------------------------------------
Selalu yang terjadi, anak-anak yang menyorokkan report card mereka terutama jika ada warna merah. Masing-masing kalut dan ada pula meniru tandatangan penjaga supaya rahsia tidak terbongkar
Lain pula halnya dengan saya. Sewaktu ramai ibubapa berbangga dengan kejayaan anak mereka, saya juga turut berbangga dengan anak-anak saya yang istimewa. Jadi kenapa sorok report card itu?
Anak sulung saya baru mencecah 6 tahun beberapa hari lepas. Anak kedua pula berusia 4 tahun. Pada bulan September dan Oktober, mereka hanya bersekolah beberapa hari kerana saya kuarantin di rumah akibat jerebu. Beberapa subjek eperiksaan yang tidak dapat dihadiri juga tidak dapat di ulang kerana akhir Oktober, mereka berdua membuat 'dental clearance'.
Dan ketika menerima report card tersebut, saya mmg sudah jangka apa yang akan diterima. Saya mungkin faham. Cikgu mereka juga mungkin faham. Tetapi anak sekecil ini tidak akan dapat faham jika mereka terjumpa laporan dengan kedudukan yang paling corot didalam kelas.
Sungguhpun jika mereka dapat menduduki kesemua peperiksaan dan masih juga mendapat kedudukan tercorot, saya tidak akan sesekali memberitahu mereka.
Kenapa?
Usia yang begitu muda dan kemahiran yang masih banyak belum diteroka TIDAK PATUT sesekali di sia-siakan dengan ayat
"Tu la tak belajar lagi, kan dapat nombor teruk"
"Buat ape pegi sekolah kalau nombor corot"
"Malas lagi buat latihan, nanti tak pandai"
Ini semua RACUN!
Dan kemusnahan ini maha besar hingga buatkan meraka rasa mereka tidak bijak dan memperlekeh diri sendiri walhal BAKAT dan MINAT mereka belum habispun di keluarkan.
Berhentilah meracuni anak-anak kita. Duduk dan fikir. Jadikan pelajaran itu satu seni dan keseronokan. Jika hasilnya berbuah baik, raikan dan seronoklah dalam rahmat yang Allah beri. Pujian atas usaha dan bijaknya anak wajar dinikmati bersama
Namun jika hasilnya tidak sebaik yang diharap, jangan terus buang dan hukum. Ambil masa, baja dan siram kembali. Mereka perlu perhatian dan mungkin juga akademik bukan bidang yang mereka perlukan.
Bukan semua pokok hidup untuk berbuah
Ada yang hidup kerana menyerikan laman
Ada yang hidup kerana memberi perlindungan
Ada yang hidup kerana menjadi kediaman
Raikan semuanya kerana akhirnya semua pokok juga membebaskan oksigen yang membawa manfaat kepada segalanya!
P/s: Imran & I'jaaz, jika sekalipun suatu hari kalian membaca catatan Emak ini, ketahuilah sejak dalam kandungan lagi Emak sentiasa yakin dan percaya, setiap anak-anak Emak adalah mahluk TERISTIMEWA dan sentiasa dalam DOA. Love u forever!
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Prologue: Assalamualaikum warah matullah. And a very good day. 31 st of January, 2013. Today marks the last day of my journe...
-
bismillah walhamdulillah wallahuakbar asalamualaikum warah matullah alhamdulillah, pujian atas kuasa yg memerintah seluruh alam.alhamduli...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni saya nak bercerita tentang duit raya untuk si tua Selalu duit raya ni sinonim dengan anak-anak. Yang sero...
-
REVIEW - MALBATT : MISI BAKARA Sedikit lewat Emak keluarkan , kerana Emak busy kerja. Setelah 2 minggu tak cuti satu hari pun, akhirnya ke...
-
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah di beri peluang dan ruang untuk bercerita tentang kisah kami di akhbar Harian Metro pada hari Rabu la...
No comments:
Post a Comment