Assalamualaikum wbt
Hari ni saya ada berita baik untuk pembaca setia
dan semua followers. Tapi sebelum tu saya nak cerita sesuatu yang baik dulu.
Kiranya semuanya terbaik la hari ni in sya Allah hehehe.
Ingat tak dulu, waktu Nuzul Quran dua tahun lepas,
saya ada kongsikan satu video di mana saya tunjukkan kesemua koleksi Quran kegemaran
saya dan sebab-sebab saya suka setiap satu dari koleksi tu. Dan kalau perasan,
carta pertama diungguli oleh sebuah quran saya yang penuh dengan tag!
Saya buat sendiri tag tu, mula tahun 2003 macam tu
lah. Beli sticker sendiri, lepas tu tulis ikut kategori yang saya sendiri cipta
misalnya tauhid, feqah, akhlak, hokum, favourite verse dan sirah. Setiap
kategori tu tag warnanya berlainan supaya senang nak buat reference dan
cross-reference. Haa gituh. Gigih la tulis satu persatu dengan marker pen dan
memang penuh quran tu dengan tag.
Add caption |
Pengalaman peribadi saya, dengan adanya tag tu,
sangat mudah nak rujuk surah-surah dan ayat apa untuk sesuatu perkara. Malah boleh
pulak saya tengok sekali imbas sahaja untuk cari mana satu ayat berkaitan
sesuatu peristiwa, misalnya pembukaan kota mekah, kisah nabi khidir dan
sebagainya.
And to be honest, kita akan rasa lebih sayang dekat
Quran (dan agama kita) dan rasa ‘dekat. Susah nak explain macam mana feeling tu
tapi itulah rasanya.
Berita baiknya, sekarang ni lebih mudah dan dimudahkan
urusankan kita untuk dekat dengan quran. Tak perlu lagi susah payah nak tulis
comot-comot atau nak kena pulak cari pen marker dan make sure tag tu kat tempat
yang betul.
Now kita dah ada Quran Tag dah.
So, apa istimewanya Quran Tag Mujam tu?
Quran Tagging Mujam ni macam yang saya cerita kat
atas tu. Ada tag pada ayat-ayat yang telah letakkan mengikut kategori dan apa
yang dimaksudkan. Yang bestnya sebab Quran Tag Mujam ni ada terjemahan per
kata. Maksudnya setiap satu kalimah Bahasa arab tu, kita tau apa terjemahan dia
dalam Bahasa Melayu. Jadinya secara tak langsung kita dapat juga belajar Bahasa
Arab yang tinggi (Bahasa Quran) sedikit demi sedikit.
Bukan itu sahaja, Quran Tagging Mujam ni ada
sokongan tambahan seperti Hadis Sahih, ada Asbabun Nuzul, ada Riyadus Solihin
jadi sambil kita baca tu, kita boleh tahu juga maklumat tambahan untuk
ayat-ayat tu.
Jangan risau, Quran Tag Mujab disertakan dengan
indeks. Indeks dia versi Tematik. Maskudnya nak tengok topik apa, just pergi je
topik yang dikehendaki kemudian bpleh tengok mukasurat mana yang ada topik tu.
Makanya, sangat sesuai lah untuk kita bertadabbur dengan kawan-kawan kita, dengan
keluarga kita , ahli kejiranan, kawan satu surau untuk satu satu topik pilihan.
Contohnya kan, kitab oleh pilih untuk discuss pasal
peristiwa perubahan kiblat, pasal doa agar diterima taubat, pasal haji, pasal kewajiban
berpuasa, pasal silaturrahim atau tentang pembahagian faraid misalnya. Banyak
yang kita boleh baca bersama-sama. Oh ya, pemberitahuan, ini tidaklah pula
bermaksud kita sudah boleh bertauliah untuk beri kuliah. Tidak. Hanya perkongsian.
Untuk yang sebaiknya, di jemput para ahli agama bagi membahaskan topik-topik
berkaitan hukum dan sebagainya.
Add caption |
Berapa jenis Quran tagging yang ada?
Oh, ada tiga jenis semuanya. Dan semua bersaiz A5.
Mudah sangat untuk dipegang
174 tag + 30 tag Juzuk
198 tag + 30 tag Juzuk
396 tag + 30 tag Juzuk
Warna pun banyak, boleh pilih nak warna :
1-Hijau
2-Pink
3-Merah
4-Biru
5-Turqoise
6-Hitam
Kenapa kena beli Quran Tag Mujam?
Sebab pertama, kita nak dekat dengan Quran lah
kan. Kita nak tahu lebih lanjut dan dalami maksud serta info tambahan pasal
ayat-ayat yang kita baca. Kalau dah suka, kita boleh juga jadikan sebagai
hadiah untuk keluarga dan kawan-kawan kita. Bungkusannya kemas, jadi boleh
dijadiakan hadiah istimewa. Tagging nya pun kemas dan tersusun, siap ada indeks
dan berwarna-warni.
Malah paling penting sekali, size dia mudah
pegang. Senang nak pegang dan letak dalam handbag atau beg-beg yang kita pakai
sebab tak berat dan very handy.
Add caption |
So, macam mana nak beli Quran Tag Mujam ni?
Harganya sangat-sangat berpatutan. Dibawah ini ada
kod diskaun untuk anda tebus ya.
Untuk buat pembelian, boleh ke Instagram KAFE QURAN atau FB KAFE QURAN untuk order dan lihat infromasi lanjut atau whatsapp sahaja
terus ke talian Whatsapp 011-13020359 untuk buat pembelian.
Harganya?
174 tag + 30 tag Juzuk : RM115
198 tag + 30 tag Juzuk: RM135
396 tag + 30 tag Juzuk: RM205
NAMUN, TAWARAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA FOLLOWERS SAYA, GUNA
KUPON INSPIRASIKQ20 DAN ANDA LAYAK TERIMA DISKAUN SEBANYAK 20%!!!
HANYA VALID SEHINGGA HUJUGN FEB 2020 SAHAJA!!
HANYA VALID SEHINGGA HUJUGN FEB 2020 SAHAJA!!
Jadinya, quran tag anda boleh miliki dengan harga tidak
sampai RM100 pun!
Jangan tunggu lagi, segera Whatsapp dan order, dan jangan
lupa kupon code anda ya!
Love,
Emak Salwa
No comments:
Post a Comment