Review filem: Tully - Kisah tragis ibu anak tiga

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua?

Saya dah lama nak tengok movie ni setelah baca beberapa tulisan rakan-rakan. After a few attempts for the past 2 years, finally i made it.

Doesn't take me long to relate. Baru 5 minit pertama saya dah masuk ke dalam situasi Marlo, yang sarat mengandung anak ketiga (yang tidak dirancang).


review filem tully, filem tully, download filem tully, cerita filem tully, film tully explained, film tully review


Dengan Sarah yang masih muda pada usia 8 tahun dan Jonah yang merupakan anak istimewa, babak seperti 'rutin brushing' dan siri-siri meltdown memang melelahkan.

Suami Marlo?
Dew seorang lelaki biasa dan watak ayah yang kebiasaannya ada dalam sebuah keluarga. Menyayangi keluarga tetapi tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu bertindak seadanya. Asal cukup makan pakai tempat tinggal, semuanya dikira ok walaupun dalam diri sendiri berperang dengan tekanan dalam ketidak-tahuan.

Suatu hari, Marlo ke rumah adik atau mungkin abangnya yang kaya, serba serbi lengkap dan kelihatan sempurna dengan 3 cahayamata. Selepas makan malam, abangnya tadi ingin menghadiahkan sesuatu, iaitu 'night nanny'. Penjaga bayi ini hanya datang pada waktu malam, menjaga dan menguruskan semua perkara berkaitan.

Jika dilihat dari sudut konteks masyarakat Malaysia, seumpama Confinement Lady yang tinggal sementara waktu untuk membantu ibu yang baru melahirkan. Tradisi ini makin berkembang sejak beberapa tahun yang lalu malah ketika melahirkan anak ketiga dan keempat, saya juga mengambil CL untuk membantu. Dengan bajet terhad, saya hanya dapat mengupah untuk seminggu dan itupun hanya di waktu siang sahaja. Namun seminggu itupun sudah saya rasa lega kerana membantu saya menguruskan emosi terutamanya, apatah lagu dari sudut fizikal dan penjagaan bayi.

Menariknya, Marlo ini seperti sebilangan wanita Malaysia dan saya juga. Bila melibatkan soal tidur dengan bayi, bayi di jaga orang lain, kita menjadi skeptikal. Kita sebenarnya lebih rasa khuatir cakap-cakap orang. Khuatir apa kata orang jika benarkan orang asing yang nenidurkan bayi yang masih merah mukanya. Kita takut dilabel tidak kompeten. Kita tidak percaya malah kita rasa seharusnya semua itu kita yang perlu lakukan.

Marlo selepas melahirkan, begitu penat menguruskan semuanya. Babak demi babak beliau menyusukan, menidurkan, menukar lampin dan pelbagai hal hingga banyak lagi dikompromi. Semua dilakukan seorang diri kerana suami tidur dan 'penat bekerja'.

Sarah dan Jonah diberikan gajet ketika makan malam. Makan juga sekadar menghangatkan frozen pizza. Malah ingin menukar baju juga jadi begitu melelahkan. Kita juga begitu bukan? Bila terlalu penat dan hanya ingin berehat tanpa tangisan.

Hingga satu tahap, Marlo tidak lagi dapat bertahan. Sekolah Jonah tidak lagi mampu menawarkan pendidikan yang sesuai kerana Jonah istimewa.

Babak-babak tentang 'kelas yang tidak sesuai', bantuan shadow aid, ketiadaan wang kerana kos menguruskan anak istimewa yang tinggi, berhenti buat terapi dan sebagainya, saya boleh katakan sangat sinonim dengan kebanyakan ibubapa yang mempunyai anak istimewa.

Amat melelahkan

Akhirnya Marlo mengambil keputusan menghubungi night nanny seperti yang dicadangkan abangnya. (Abangnya janji nak bayar waktu dinner tempohari)

Maka datang lah Tully yang masih muda sebagai pembantu. Itulah kali pertama Marlo dapat tidur dengan selesa. Bangun hanya apabila dikejutkan Tully untuk menyusukan Mia.

Selepas Tully hadir setiap malam, semuanya jadi bahagia. Rumah kemas tersusun. Anak-anak dapat diuruskan dengan baik. Tidur lebih berkualiti dan lena.

Kita disajikan dengan babak demi babak yang menunjukkan transisi kehidupan Marlo yang menjadi bahagia, SEMPURNA dan cukup semuanya. Kita akan tumpang gembira sambil berharap akan perkara yang serupa.

Banyak dialog diantara mereka berdua berkaitan perasaan, hubungan malah banyak sekali persamaan. Marlo rasa bahagia. Suaminya juga merasakan perkara yang serupa melalui perubahan yang ditunjukkan Marlo.

Hinggalah pada suatu malam, Tully mengajak Marlo keluar ke kota untuk berhibur. Me time istilahnya. Marlo pada mulanya menolak namun setelah didesak, dia bersetuju dan kemudian memandu ke tempat tinggalnya sebelum berkahwin.

Mereka minum, menari, berpesta sehingga secara tiba-tiba Tully mengatakan dia tidak lagi dapat bekerja dengan Marlo. Terkejut dengan berita itu, Marlo merayu Tully agar terus bekerja lagi tetapi Tully sudah tekad untuk berhenti.

Dan di sinilah plot twistnya. Jika dalam kesemua review movie saya secara professional selaku wakil media atau review suka-suka, saya tidak pernah menulis spoilers apatah lagi ending movie, namun kerana matlamat penulisan ini berbeza, saya akan menceritakan endingnya.

Kerana mabuk dan kepenatan, ketika memandu pulang, kereta Marlo terbabas lalu menjunam ke dalam sungai. Marlo diselamatkan Tully.

Di hospital, Dew melihat isterinya yang lebam sana sini, kemudian dipanggil doktor dan doktor bertanya tentang depresi.

Marlo sebenarnya mengalami sleep deprivation dan extreme exhaustion. Terlalu kepenatan dan tidak cukup tidur. Malah mungkin mengalami Postpartum Depression sehingga berhalusinasi seolah-olah mempunyai night nanny.

Nama penuh Marlo?
Marlo Tully!

Diakhir cerita, Dew memberitahu dia tidak sedar Marlo sebenarnya depresi kerana melihat isterinya 'baik-baik' sahaja. Dan dia tidak memilih sempurna, dia hanya mahu Marlo bahagia dengan menjadi Marlo yang sebenarnya.

Saya fikir, kita sendiri boleh menilai situasi masing-masing. Bertindaklah sebelum terlalu lewat. Banyak ibu ibu di luar sana yang penat menjadi Marlo, sama ada atas pilihan 'memaksa' diri sendiri atau terpaksa malah lebih teruk dipaksa.

Bina rumahtangga yang semua orang berfungsi, bukan hanya ada seorang raja atau seorang ratu.

Marilah sama-sama membina syurga dunia dan syurga di sana

Love,
Emak

No comments:

Post a Comment

Instagram