Berakhirnya Master Emak di UKM!

Assalamualaikum wbt

Jika diikutkan, banyak benar yang ingin saya luahkan sejak saya secara rasminya memperolehi keputusan terakhir untuk pengajian Sarjana saya dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi di UKM.

Setelah setahun setengah bergelumang dunia akademik yang telah di tinggalkan lama, akhirnya secara rasmi semalam saya menerima keputusan semester terakhir.

4 flat sekali lagi, Alhamdulillah.

Sepanjang 40 kredit yang di ambil dengan 11 mata pelajaran, rezeki saya agaknya mendapat straight As kesemua subjek (9A,2A-)
Dengan itu, cgpa juga adalah dalam lingkungan angka yang saya sasarkan.

Hadza min fadhli rabbi
Ini semua atas kurniaan Ilahi
Dan saya amat amat mensyukuri

Sepatutnya saya lah yang melompat gembira!

Namun kata-katanya tenggelam.
Justeru, ketika suami saya yang jauh lebih gembira dan terharu ingin menulis terlebih dahulu, saya berikan laluan. Walaupun yang habis belajarnya itu saya.

Unik bukan?

Kami memang begitu.

Jika dilihat pada perbezaan, banyak yang jauh seumpama langit dan bumi. Dari perwatakan, cara pemikiran, makanan kegemaran malah destinasi percutian juga semuanya tidak selari.

Namun apakah lagi yang lebih manis bila perbezaan itu diraikan (dengan banyak siri pergaduhan, masam muka dan merajuk semestinya) seiring pertambahan usia perkahwinan.

Selebihnya kami suka mencari titik persamaan malah kadangkala berusaha menukar haluan agar kiblatnya sama. Seiring apa tuntutanNya.

Kami bahagia dengan diskusi artikel atau topik journal seawal pagi. Atau membongkar teori demi teori di dalam kereta sepanjang lebuhraya. Malah sibuk membentangkan hasil bacaan ketika percutian.

Bahagia cara kami sekeluarga

Bahagia itu juga datang dengan ada banyak yang dikorbankan.

Dan pengorbanan bukan atas dasar kemahuan sendiri, tetapi untuk kesejahteraan seluruh famili. Sukar untuk saya ungkapkan betapa kami saling berusaha untuk menaikkan semangat ketika lelah teramat.
Mungkin panjang benar untuk kami terangkan, cukuplah tuhan yang menjadi saksi dan keluarga yang membantu kami.

Dahulu,
Ketika suami saya bergelumang dengan kesibukan tugas di hospital,dengan oncall yang rapat kerana weekend pula padat dengan jadual kelas Sarjana, banyak yang dikorbankan. Bukan sekadar perasaan, kewangan, cita-cita serta impian,malah 7 kematian di sebelah keluarga saya, juga tidak dapat dihadiri suami. Sayalah yang mengheret anak-anak, memandu ratusan kilometer untuk urusan seumpama dengannya. Dan dia juga turut berkorban dengan cuba sedaya upaya memberikan seadanya dalam dia berjuang dengan pergelutan masa, kewangan, kerjaya dan pelajaran.

Bukan senang, bukan senang.

Saya yang berada di dunia korporat dan kemudian memutuskan untuk berhenti kerja bagi menjaga keluarga bukanlah paksaan. Tetapi juga satu bentuk pengorbanan. Saya menjeruk perasaan bertahun lamanya dirumah kerana serba serbi asing dan sukar apatah lagi saya ini ligat dan extrovert orangnya.

Dan suami saya tidak pernah memaksa. Malah sentiasa sahaja menyokong saya dari segala sudut terutamanya ketika saya mengambil keputusan membuat aktiviti kesukarelawan seperti projek beg sekolah. Dia akan cuba memberi idea, membantu apa yang dapat dalam sela masa yang terhad.

Dan ketika Allah mengaturkan perjalanan keluarga kami yang amat istimewa, dengan ujian ujian kecil sebagai peringatan dan tanda syukur, kami tidak memadamkan impian.

Tabik tertinggi saya buat suami yang saban tahun terus mencuba sehingga akhirnya pada tahun lepas, beliau menerima biasiswa hadiah latihan persekutuan bagi meneruskan PhD dan dalam masa yang sama, saya telahpun memulakan sarjana.

Dan ketika inilah suami saya pula memainkan peran.
Dia sentiasa ada di sisi.

Mengorbankan waktu dan hari-hari tertentu ketika saya dihambat pelbagai tugasan kerja dan tugasan sebagai pelajar.

Dia yang membawa keluar semua anak-anak sebentar jika saya perlu menyiapkan assignment. Dia juga lah yang sabar menenangkan ketika saya beremosi dan tidak nampak jalan.

Dan bila saya renungi kembali, pengorbanan saya selama ini sebenarnya telah lama terbalas ketika saya mempunyai seorang suami yang menghargai, dan tidak pernah menyekat apa yang saya impi.

He never clip my wings!
He let me fly and trust me to come back where I belong.




Sampai bila pun saya tidak dapat pergi jauh, tanpa sokongannya yang tidak berbelah bahagi.

Terima kasih syurgaku
Dan terima kasih anak-anak Emak yamg sentiasa ada saban waktu

Perjalanan kita masih jauh.
Moga ada kebaikan atas setiap jalan yang kita pilih nanti. Moga semuanya atas nama Ilahi.

P/s: I love you
P/s/s: I love you and the kids too
P/s/s/s: Terima kasih Emak dan Ibu, semua adik beradik dan ipar duai, ahli keluarga sanak saudara, rakan taulan yang mendoakan. Terima kasih pensyarah yang sentiasa memberikan yang terbaik, dan adik-adik satu jurusan yang sentiasa happy dan happening.

Terima kasih semua!!!

Love,
Emak
 

No comments:

Post a Comment

Instagram