Assalamualaikum wbt
Hujung minggu lalu, seorang rakan menghubungi saya, bertanya pendapat tentang anaknya yang berusia 7 tahun namun selalu dikatakan sedikit 'lambat'.
Saya, seperti biasa, bukanlah doktor bertauliah. Hanya mendengar dahulu dan cuba menyelami apa sebenaranya perasaan rakan saya. Kebanyakan ibu (dan bapa) sebenarnya tahu potensi dan apa yang perlu dilakukan, tetapi kurang keyakinan diri. Risau kerana cakap-cakap orang.
Anak rakan saya ini, perlu diterangkan satu persatu, dan kemudian dia faham. Kesusahannya di sini adalah, di dalam kelas yang banyak murid, cikgu tidak dapat buat 'one-to-one' approach jadi mereka yang sebegini tertinggal dan dilabel 'lambat'.
Kasihannya.
Jadi peranan ibubapa lah untuk catch up dan jadi tutor pada anak ini. Rakan saya tadi sudah pun buat perkara ini. Which is good lah. Cuma bila orang bercakap, rasa goyah juga kan? Sampai dia terfikir nak tukarkan sekolah.
Bagi saya itu tidak menyelesaikan banyak masalah. Mungkin juga silap-silap menambah masalah. Pengangkutan, kebiasaan, rutin, penyesuaian dan sebagainya.
Dan paling merugikan jika akhirnya nanti anak pula rasa dia betul-betul lambat, slow, tak bagus. Jangan!!! Ini lah racun yang lagi merosakkan. Jadi, kita yang kena yakin dia, dia ok dan boleh lakukan (Nota: tetapi jika anak memang ada masalah, dapatkan bantuan ya!)
Saya mencadangkan jika mahu berbuat demikian, libatkan anak dalam perbincangan. Jangan kita berbincang suami isteri kemudian ambil keputusan tanpa tanya anak kerana ini juga soal masa depan dia.
Kami selalu akan mempertimbangkan beberapa cadangan, di bawa ke 'meeting' keluarga dan semua anak juga ada hak untuk bersuara. Jika mereka setuju, senanglah approve. Jika tak setuju, mereka di beri ruang untuk memberikan sebab dan apa yang ingin diluahkan atau dikatakan tanpa prejudis.
Meeting informal sambil main-main pun ok hehe |
Maka ada juga perkara-perkara yang kami usulkan akhirnya tidak dilaksanakan kerana menghormati perasaan dan cadangan anak.
Ada juga perkara yang kami putuskan untuk terus lakukan kerana selepas perbincangan, anak tidak berupaya memberi alasan kukuh (baca: malas, tak yakin, malu etc) maka yang itu kena guna kuasa veto juga sesekali.
Saya cadangkan, cubalah
Tak semestinya kena formal. Waktu main-main pun boleh sebenarnya.
Jadikan meeting keluarga satu rutin. Ianya ruang perbincangan. Banyak manfaat bila kita tidak menjadi diktator sebenarnya!
😉
P/s: Minat untuk dapatkan tips parenting? Subscribe channel telegram - https://web.telegram.org/#/im?p=@wonderemak
Love,
Wonder Emak
No comments:
Post a Comment