Jangan BERCAKAP waktu makan?

 "Waktu makan, jangan bercakap!"

Pernah dengar tak? Atau mungkin kita dulu-dulu waktu kecik pun selalu diberitahu begini, kan? Ianya salah satu 'adat' dalam beradab orang-orang dulu. Mereka begitu menghormati waktu ketika makan dan komunikasi amat terhad untuk sesetengah ahli keluarga.
Jangankan bercakap, nak pandang pun takut. Kadangkala, makan waktunya berasingan antara anak-anak dengan ibubapa.
Namun zaman sudah berubah. Bukanlah kita menidakkan tindakan orang dulu-dulu tetapi lebih kepada menyesuaikan keadaan demi kebaikan anak-anak kita.
Zaman dulu, tiada banyak distractions. Anak-anak di luar waktu makan, mereka berseronok, bercerita dan bermain dengan kawan-kawan. Live interactions, face to face. Menghadap la cerita kawan kita tu, walaupun entah betul entah tidak. Melopong kadang tu!


Sekarang, sudahlah parents bekerja dari pagi sampai ke petang (kadang sampai larut malam), anak-anak sibuk dengan taska, tadika dan sekolah. Bila lagi waktu nak bercakapnya?
Kerana itu saya suka mengajak membudayakan 'meeting' keluarga walaupun santai ketika makan. Cuba tengok orang-orang dewasa pun, ketika makan kenduri kendara, jamuan, berbuka puasa, semuanya tentang makan dan BERCERITA!
Waktu itulah kita tidak rushing, sambil menjamah makanan kita membuka apa sahaja topik yang perlu. Jadi kenapa bukan dengan anak-anak kita?
Kajian daripada Australian Parenting Website pernah meletakkan 3 kategori keluarga.
(1) Highest Talking Family (Keluarga Paling Bercakap)
(2) Lower Talking Family (Keluarga Kurang Bercakap)
(3) Lowest Talking Family (Keluarga Paling Kurang Bercakap)
Anak-anak didalam lingkungan keluarga (1) mendapat pendedahan sebanyak 40 juta perkataan dalam masa 36 bulan pertama hidupnya berbanding hanya 10 juta perkataan bagi keluarga (3).
Akibatnya?
Ketika usia 3 tahun, anak-anak dari keluarga (1) mampu menuturkan 1100 perkataan berbanding hanya 750 perkataan bagi anak keluarga (2) dan 500 perkataan bagi anak keluarga (3).
Impaknya jelas.
Makin kurang bercakap, makin kurang pendedahan kepada anak-anak. Bila kurang, makin sukar anak bertutur dan ini berkait rapat dengan penguasaan Spoken/Oral Language sebagai asas kepada Reading Skill (kemahiran membaca)
Jika anak tidak mahir menguasai kosa kata (Vocabulary), maka makin sukar untuk belajar membaca secara teorinya kerana antara komponen utama adalah pengecaman kata (Word Recognition) dan pemahaman bahasa (Languange Comprehension).
Mudahnya, kalau bercakap pun tidak, anak pun tak tahu perkataan dan bila tak tahu, macam mana nak bercakap dan seterusnya membaca.
Kajian dari University Oxford Press tentang masalah 'word gap' telah membuat survey ke atas 1300 guru dan 85% mengatakan masalah kurang penguasaan perkataan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan memberi impak kepada keyakinan diri murid.
Paling menyedihkan, satu lagi kajian dijalankan Dr Claire Forrest tentang 'Oral Language in Socially Disdvantaged Setting' mendapati anak-anak yang kurang pendedahan tentang perkataan ini datang dari keluarga yang susah dan socially disadvantaged. Mereka ini mempunyai masalah untuk berkongsi rasa, memahami situasi, susah untuk berkawan, tertekan dan rasa diketepikan.
Begitulah.
Setelah saya belajar tentang ini minggu lepas, makin kuatlah saya mencadangkan agar ibubapa mesti, MESTI sekurang-kurangnya makan bersama sekali sehari.
Bincanglah, berbual lah, ambil lah masa untuk duduk bersama.
Jangan sia-siakan usia kecil mereka atas dasar KESIBUKAN kita.
Jika saya dapat beri satu cadangan, janganlah ajar "bila makan, diam" kepada anak-anak kita ketika kita yang dewasa ini bukan main lagi berborak ketawa terbahak-bahak berbual di semua keadaan di luar rumah sambil makan.
Ingat, anak juga memerhatikan!

P/s: Mahu tips parenting? Jom subscribe channel Telegram Wonder Emak dan Youtube Wonder Emak

Love,

Emak

No comments:

Post a Comment

Instagram