1 dollar aje

Assalamualaikum warah matullah

Masih lagi di dalam isu yang sama seperti last entry… isu yang tiada lagi kesudahannya buat masa ini tapi ade sinar2 perubahan dalam beberapa bulan ini.

Sedar tak sedar hampir 58 tahun tragedi 14 May 1948 telah berlalu. Ramai tak ingat..of coz ramai tak ingat sebab yang tepatnya tak tau pun!!!! Kan? Jangan tanya “ingat tk valentine’s day bile”, “besday kawan kite tu bile eyh?” atau paling lekeh pun “cuti krismas ni nk pi mana eh”.. jawapan nya tentu senang nk ingat date2 tuh sbb sinonim sangat dengan semua orang kat dunia. Tp kalau tanye detik duka 14 May, brape orang leyh jawap? Silap2 kang ditanya nya balik pada kita yang bertanya: “err…ko tk silap date ke? Setau aku kes rusuhan kaum kat msia tuh 13 May kan?”.. huuhu..

Nk tau lebih lanjut? Haaa, baca link nih:

Tragedi 1948: Nakba

ok..so skang semua dah tau apa itu tragedi 14 may kan? Alhamdulillah. Bertambah kesedaran. So skang ni kita tanya plak diri sendiri.. kite ni anggap isu palestin nih isu sape? Isu diorang (ala..tu kan negara diorang – kata seorang yg tk paham), isu dunia (sebab satu dunia dah tau la diorang mmg ade krisis – kata seorang yg buat2 cam paham) atau isu umat islam??

Bila kita sebok2 nk sedarkan orang ttg isu nih, maka tk kurang jugak lah orang yang sebok2 jugak menyebok menasihati kita dengan ayat2 nya. Malang sungguh masih ramai yang tk faham kenapa isu palestin perlu menjadi isu seluruh ummat islam tk kira dimana jugak kita berada.

Kepada mereka2 yang tidak berfikir secara terbuka itu, bayangkan satu ari orang datang umah korang then kata nk dok umah korang, suruh korang kuar dari umah tuh then halau korang. Kalau melawan ditembaknyer…kalau tkmo ngaku kalah, korang nyer umah di robohkan..camne? camner?tk hangat hati korang?

Itu baru sket tuh…tk kire lagik brape juta kesalahan yang puak2 nih lakukan dengan sesuka hati.satu kes secara live diceritakan oleh sorang student kat sini, mcm mana umah die kat palestin di rampas puak Yahudi laknatullah nih. Umah tu bila dia balik jenguk, disewakan pada orang palestin tp duit sewa tuh org yahudi tu amik. Tk ke pelik bunyik nye? Kalau korang camne?.. biarkan aje? Huh..kalo jawapan korang begitu, check balik la kepala tuh..takut ade wayar tersangkut..

Jd, bila mana orang amik tanah kta, umah kita, harta benda kita, kita kene pertahankan. Lagik2 yang amik tanpa usul peksa, buat cam tanah sendiri, guna kekerasan…tembak orang sesuka hati tk kire bdak kecik ke, pompuan ke, opah tua ker..semua pakai belasah aje..

Sebab tu semua sebok suruh pakat boikot barang Israel. America pun sama aje.sekepala aje depe tuh. Bab menyusahkan dan memorak perandakan orang mmg depe la juara nya.seluruh alam semesta.bila kita tk beli, kita tk support depe. Walaupun sorang tk belik tk kasik effect, tp kalau ramai2 akan ada effect.lg pun secara personal nya korang tk support depe. Mulakan ngan diri dulu baru leyh suruh orang lain buat.

Kalau cakap bab ekonomi…ana pun bdak econs jugak.tau jugak bab2 tkleyh maju bla2..tp dah tkleyh..tkleyh la.then kan, brape sangat lah yang ade kesedaran utk buat2 mende camni? Kalau yang ade kesedaran pun tkmo buat, lagik la susah nk tarik yang lain. Kalau Yusuf Qardawi fatwakan HARAM beli, korang sebok nk kasik teori ekonomi lagik ker? Heh..check la balik diri tu sebelum buat fatwa sendiri.layak ker?Then bila kite nk btau, korang sebok2 cakap ktrg bising? Aiseyh…susahlah camtu kan.jangan mendabik dada cakap pandai sebab berhujah guna teori.. dalil nih ada naqli ngan aqli yer…kalau style Sister in Islam tuh cara berhujjahnya, ampun ya pak, gue nggak bisa menerimanya!!!! Itu tolak siap2 lah…..

Skang ni satu kesedaran baru timbul plak..ttg keperluan membantu saudara2 semuslim di palestin. Indon dah start, msia bile lagik? Tp alhamdulillah, dah stat pun actually. Pada sape yang nk menderma…ade banyak option:

1) masukkan ke account nih:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Taman Melawati
nombor akaun: "1211 301 0005797". (no ni betul in sya allah)

2) Yg ni utk kredit kad yer.(senang seyh yang ni)

http://www.interpal.org/


senang aje kejenya..tayah susah2 pun. Sorang sedollar tk banyak mana tuh.. ape sangat la korang rugi kalau derma RM3.60 tu? Tk rugi nyer eyh.

Pada yang masih tk clear dengan kempen 1 muslim 1 dollar nih..sila baca msg khas utk rakyat Msia kat link bawah nih:

pesanan utk rakyat MSIA

ok la..harap nya sampai la apa yang nk disampaikan.salah silap terkasar bahasa entry kali ni dan sebelum2nya ana mintak maaf lah. Kadang2 terlepas jugak bahasa ‘keras’ nih…
semoga sentiasa dirahmati-Nya

ana tinggalkan dengan rangkap2 yang wajar dihayati.iaitu kepada mereka-mereka yang cintakan kebaikan dari orang yg melakukannya tetapi tidak menyuruh manusia kepada kebaikan dan tidak berijtihad di atas kebaikan dengan diri dan harta.

Kepada mereka yang melihat kemungkaran lalu tidak memperdulikannya walhal orang-orang yg melakukan kemungkaran itu tidak boleh membahayakan ataupun memberi faedah kepada dirinya.

Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
pada malu dan kebekuan
hidup di bersama ahli keluarga, bukan hidup orang berhijrah dan terusir

Dengan berjalan di belakang kenderaan
dalam ketenangan dan langkah yang longlai
dengan kamu katakan apa yang dikatakannya
tanpa tentangan dan penolakan terhadapmu

Dengan mengikuti sekumpulan kambing
kamu dipimpin, bukan memimpin
Dengan berteriak untuk setiap penguasa: Hidup kamu…..

Aku berkata:
Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku
hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.
Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya?
Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.
Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin
boleh berkata ‘TIDAK’ dan ‘YA’, apabila anda mahu
dengan pandangan yang tajam.”


Kata2 tuh dari Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. ni adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278

********************************************

Nota tambahan:

Alhamdulillah, hari tu dah jumpe balik wallet yg ilang. Alhamdulillah, semua ade dalam tu biiznillah. Sape ntah jumpe kat dalam lab. Most probably cicir kot? (ntah ler..rasa cam tk cicir). Tp tkpe, yang penting dah jumpe…so jimat masa dari kene settle2kan mende yang tk perlu.
Thanks sangat lah pada yang mendoakan agar wallet tu jumpe balik n pada yg suruh sabar itu hari.

No comments:

Post a Comment

Instagram