Raghbatu `abdin fi `afwillah (Imam Syafi`e)
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
Muhammad Ubaid - Elaika
***********************************************************
Pertama kali mendengar syair yang telah dilagukan ini di radio ikim.fm suatu ketika dulu. Sejak itu, 'jatuh hati' dengan syair ini.
Ianya sebenarnya adalah merupakan syair dari Qasidah Imam Syafi'e.Dibacakan dihadapan anak muridnya ketika beliau sedang sakit.
Ma sya Allah.Ketinggian akhlak, kerendahan peribadi, pengharapan pada ampunan
Adakah kita juga begitu??
Allahua'lam
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Prologue: Assalamualaikum warah matullah. And a very good day. 31 st of January, 2013. Today marks the last day of my journe...
-
bismillah walhamdulillah wallahuakbar asalamualaikum warah matullah alhamdulillah, pujian atas kuasa yg memerintah seluruh alam.alhamduli...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...
-
REVIEW - MALBATT : MISI BAKARA Sedikit lewat Emak keluarkan , kerana Emak busy kerja. Setelah 2 minggu tak cuti satu hari pun, akhirnya ke...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni saya ada berita baik untuk pembaca setia dan semua followers. Tapi sebelum tu saya nak cerita sesuatu yang...
Slm.. Untk makluman, saya da wat sdkt pembetulan pd terjemahan lirik ni. Jemput ke blog saya utk terjemahan terkini.
ReplyDeleteTerima kasih..
ws wbt
ReplyDeleteoh, jzkk. dah pegi ziarah kembali blognya, tapi entri elaika tk jumpe pulak.
mungkin sebab tk pandai mencari
apapun, jzkk atas infonya. dihargai sangat!
maan najah as well
=)