Homeschooling Lesson #1: Allah is our Ilah
Assalamualaikum wbt
Ini adalah entri pertama saya tentang Homechooling atau dalam bahasa ibunda kita, seisi pembelajaran di rumah. Adalah penting untuk dinyatakan disini, sebarang tulisan saya tentang Homschooling selepas ini adalah dari pengalaman saya bersama anak-anak. Sebarang silibus, tajuk, topik pembelajaran dan sebagainya adalah eksperimen saya dan tidak merujuk kepada mana-mana sistem.
Anak murid saya terdiri dari seorang kanak-kanak aktif berusia 3 tahun 3 bulan bernama IMRAN dan seorang bayi yang cergas berusia 1 tahun 6 bulan bernama I'JAAZ.
Ok?
Semalam adalah hari pertama kelas bermula. Saya memilih memperkenalkan Allah terlebih dahulu kepada buah hati saya Imran dan I'jaaz kerana tanpa Allah, mereka dan saya dan anda semua juga tidak wujud. Betul tak?
Saya tuliskan dipapan kaca, ALLAH.
Kemudian dipecahkan kepada Allahu Akbar yang membawa maksud Allah Maha Besar
Kemudian dipecahkan lagi kepada Allah - Ilah.
Kemudian dipecahkan lagi kepada Allah - Syahadah
Sebelum saya memberi penjelasan panjang lebar, Imran dan I'jaaz nampaknya tidak sabar lagi untuk menconteng papan kaca, jadi saya memberikan marker pen kepada mereka untuk menulis kalimah Allah secara bergilir-gilir selama 5 minit.
Inilah hasilnya!
Cantik kan? Macam cacing kerawit. Tapi takpe, usaha yang dikira. Natijah belakang cerita.
Selepas itu, saya meminta Imran dan I'jaaz mengikuti apa yang saya katakan:
Emak: Ok, Imran sebut... Allah
Imran: Allah
Emak: Pandai... sebut lagi... Allah
Imran: Allah
Emak: Pandainya. Ok, sekarang I'jaaz sebut...Allah
I'jaaz: -Diam selama 3 saat-
I'jaaz: Awwoh
Emak: Pandai....!!! Imran sebut Allahu Akbar
Imran: Allahu Akbar
Emak: Pandai..!! I'jaaz sebut Allahu Akbar
I'jaaz: Awwohu Atbaww
Emak: Pandai..!! Tepuk tangan semua
Saya terangkan Allah adalah Ilah kita. Yang menciptakan kita. Tuhan yang Satu dan tidak boleh disyirikkan. Haa, tentu ramai bertanya, kenapa saya guna perkataan Ilah, bukan Tuhan? Kerana saya ingin mereka tahu istilah Ilah dan Rabb yang sebenar. Bukan sekadar kalimah Tuhan yang biasa.
Dalam kitab 4 Istilah Dalam al-Quran tulisan Abu A'la Al-Maududi, telah digariskan bahawa terdapat 4 istilah didalam Al-Quran yang sangat penting untuk difahami oleh umat islam yang mana jika tidak difahami dengan sewajarnya, kita akan tersalah menafsir dan meletakkan makna yang salah. 4 istilah tersebut adalah Ilah ( اله ), Rabb ( رب ), ‘Ibadah ( عبادة ) dan Din ( دين)
Konsep ini sangat penting kerana ia juga berkaitan dengan ketauhidan yang utama yakni keyakinan kepada keEsaan Allah semata-mata. Sebab itu saya menekankan penggunaan kata Ilah dan Rabb dalam memperkenalkan Allah kepada Imran dan I'jaaz
Saya terangkan kepada Imran dan I'jaaz, kerana itu dalam syahadah, kita sebut:
La ilaha illallah
Bermaksud tiada Ilah selain Allah!
Mungkin saya mengambil topik yang macam heavy untuk anak-anak saya yang kecil, tapi eloklah diperkenalkan topik ini dan terus mengulangnya sehingga mereka dewasa. Sebab? Kita juga perlukan peringatan!
Imran dan I'jaaz termangu-mangu. Imran berpaling ke belakang dan nampak sesuatu dan berkata:
"Nak makan nasi"
Maka, kelas pun dismiss setelah berlansung selama 10 minit. Alhamdulillah
:)
Moga jumpa lagi di seisi akan datang!
Salwa
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Tuan, Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya ke...
-
Assalamualaikum wbt Saya selalu nampak juga dan kadang-kadang tergolong dalam golongan yang suka bertanya adakah normal sesuatu perkara ya...
-
Tiada tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yg agung.Tiada Tuhan selain Allah...
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
bismillahirrahmannirrahim.. assalamualaikum warahmatullah.... mulakan dengan lafaz suci..moga perjalanan seterusnya bagi blog ni mendapat...


No comments:
Post a Comment