Assalamualaikum wbt
Semalam genap sebulan saya bergelar WAHM. Macam kejap aje waktu berlalu. Banyak lagi perkara yang belum selesai.
Anyways, harini nk bersantai dengan cerita tentang membaca
Semua sedia maklum, wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah s.a.w adalah dari surah Iqra' bermula dari ayat 1 hingga ayat 5. Intipati dari wahyu pertama ini tentulah tentang membaca.
Jibrail a.s mengulang sebut perkataan IQRA' sebanyak 3 kali
Dan dari wahyu ini juga kita pun selalu diberitakan tentang kepentingan dan kebaikan membaca.
Maka apa yang menghalang kita dari terus membaca?
Alasan paling top, kurang masa.
Jawapan: Eh, ade pulak masa membaca status FB 10 kali sehari. Solat pun 5 kali aje sehari.
Eh, saya suka baca bahan ringan aje
Jawapan: Banyak buku dan blog yang menyajikan bahan ringan yang boleh difahami dan dihadam dengan mudah. Ini blog gossip dan cerita Mak Jemah jugak menjadi pujaan. Bila nak meningkatnya kapasiti kecerdasan otak? Menambah dosa mungkin lebih mudah kerana berita yang dibaca juga belum tentu sahih dan banyak berbaur mengumpat/fitnah!
Duit takde lah nak beli buku mahal-mahal. Baucer BR1M pun lambat dapat
Jawapan: Pernah dengar tentang e-book? Banyak yang percuma. Pandai google, dapatlah apa yang dicari. Paling penting usaha!
Oklah, mari kita tinggalkan mereka yang beralasan ini
Bercakap tentang membaca, sekarang di Putrajaya ada Expo Buku Islamik sehingga besok. Harga yang ditawarkan pun sangat menarik. Mulanya suami dan saya takut juga nak ke expo ini kerana tarikan magnet membeli buku yang sangat tinggi mungkin akan mencacatkan budget bulanan kami. Hehehe
Namun Allah takdirkan masih sampai juga kami di Expo.
Imran & I'jaaz sebenarnya lebih excited dari kami.
Berlari-lari sekeliling gerai dan mencapai buku hingga emak ayahnya pun tak terkejar.
Hasilnya, inilah 'tangkapan' kami semalam :)
Poster Upin Ipin pun dah selamat dilekatkan di bilik Imran & I'jaaz
Berminat juga mereka berdua membacanya.
Selain buku, ada juga bahan lain yang dijual seperti Quran Digital, Iqra', poster, stiker dan sebagainya. Rasanya in sya Allah berbaloi pergi ke expo ini dengan diskaun yang diberikan.
Selamat 'menangkap'!
Love,
Salwa
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Dengan penuh kesyukuran diatas limpah kurnia Ilahi dan dengan hormatnya, kami ingin menjem...
-
Blog adalah salah satu medium penting bagi memasarkan produk dan perniagaan anda. Blog yang lengkap, kemas, berinformasi dan mempunyai ...
-
Assalamualaikum wbt Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan k...
-
Bismillah walhamdulillah wallahuakbar Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa bareek ‘alaih Moga semua dalam keadaan t...
-
Assalamualaikum wbt Sewaktu pembentangan bajet 2018 tempohari, PM ada mengatakan terdapat peruntukan sebanyak RM250 juta bagi SSPN1M (SSPN...

No comments:
Post a Comment