Assalamualaikum wbt
Minggu ini boleh dikatakan agak meriah dengan sambutan pelbagai hari. Ahad lalu, ramai yang mengambil kesempatan meraikan ibu masing-masing sempena dengan Hari Ibu. Pada hari yang sama juga, tidak ramai yang tahu bahawa jururawat juga berkongsi detik istimewa kerana 12 Mei merupakan Hari Jururawat.
16 Mei pula giliran anak didik bangsa membalas jasa guru-guru mereka yang tidak kenal lelah dalam mendidik dan memberi ilmu berguna.
Namun, tidak ramai tahu tentang hari ini.
15 Mei
Ada apa dengan hari ini?
Sejarah telah mencatatkan satu kisah duka yang sukar untuk luput dalam ingatan ummah keseluruhannya. Hinggakan peristiwa ini digelar NAKBAH. Nakbah jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu paling menghampiri erti kata MALAPETAKA BESAR.
Apa yang berlaku?
65 tahun yang lalu, ketika kononnya Israel memperjuangkan hak mereka didalam perang yang digelar Perang Kemerdekaan; mereka sebenarnya telah memahat luka dalam ke atas ummah ini apabila dengan rakusnya merampas tanah milik umat Islam seantero dunia.
Ya, tanggal 15 Mei 1948 itu penuh sejarah hitam
Ratusan ribu saudara seakidah kita dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka
Ribuan mayat bergelimpangan akibat rakus Israel yang tiada belas kasihan
British melalui Deklarasi Balfour memberi restu atas kesombongan ini
PBB umpama boneka kaku yang tidak mampu menahan kezaliman nyata
Akhirnya ummah yang berendam air mata!
Ambillah masa dalam seharian anda untuk mengambil tahu tentang ummah diluar sana. Islam itu penuh dengan keindahan dan semangat persaudaraan. Tidak ada warna kulit, tidak ada kaya atau hina yang ada hanya darah merah mengalir disetiap tubuh dan hanya TAQWA jadi garis pemisah.
Jujurnya, sejak lebih 8 tahun bergelumang dalam isu Palestin, umumnya kini rakyat Malaysia semakin bijak dan terbuka dalam mendalami isu ini. Alhamdulillah. Moga hidayah Allah terus menerombosi hati-hati kita.
Jika anda perlukan seminar atau ceramah, kami sediakan secara percuma. Hubungilah kami, kami akan bantu setakat yang terdaya.
Salam kemanusiaan,
Salwasaleh.com
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Tuan, Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya ke...
-
Assalamualaikum wbt Saya selalu nampak juga dan kadang-kadang tergolong dalam golongan yang suka bertanya adakah normal sesuatu perkara ya...
-
Tiada tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yg agung.Tiada Tuhan selain Allah...
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
bismillahirrahmannirrahim.. assalamualaikum warahmatullah.... mulakan dengan lafaz suci..moga perjalanan seterusnya bagi blog ni mendapat...

No comments:
Post a Comment