Assalamualaikum wbt
Hari ini tulis entri 'dalam hati ada taman' sikit.
Tanggal 23 Mei lalu, genap lah tempoh 6 tahun bersama cinta hati
Cinta hati dibawa kesana kemari, tidak pernah buat ragam, cuma kadang-kadang minta dimanjakan
Cinta hati ini begitu lama dinanti
23 Mei 2007 dapat bersatu hati kami
6 bulan lamanya, baru nama diberi
Itupun selepas jenuh dok pikir siang malam setiap hari
Akhirnya jumpa juga nama cinta hati
SALADIN nama diberi
Kenapa Saladin?
Ini kisahnya....
Waktu saya mula-mula kerja Nov 2006 di suatu 'adalah company besar tu', memang tak terfikir nak beli kereta awal. Sebab senang aje nak naik LRT atau kenderaan awam. Tapi lepas tuh, sebab saya ni agak sibuk sikitlah orangnya dan kadang lewat malam baru selesai semua urusan, faktor keselamatan menjadi isu.
Jadi dok tengoklah tabungan yang ada dan budget harian, mingguan dan bulanan. Mampu ke nak beli kereta ni? Dulu gaji pun bukan banyak mana pun. Belek kot ni, belek kot sana, ooo boleh la beli kereta. Kereta buatan Malaysia.
Bermula la pilih warna, pilih plet kereta, tengok insuran dan sebagainya. Lepas beberapa hari, dapat juga kereta Myvi. Comel gitu. Kerana platnya AGB ( A Good Boy),nak bagi nama pun kene la nama orang lelaki, takkan nk kasik yang sounds ala-ala donut pulak kan.
Jenuh la pikir sampai dekat 6 bulan dapat la jawapan. Kerana saya mengagumi peribadi pembuka kedua kota Jerusalem, Salahuddin Al-Ayubi, maka saya namakan Myvi saya tu SALADIN. Awat jadi omputih plak? Sebab waktu tu pun siri animasi SAladin dah keluar dan barang-barangnya yang comel tu saya ada letak sikit kat kereta
Saya tak manjakan sangat Saladin ni. Satu aksesori pun tadak. Habis kuat waktu 1st year anniversary dengan dia saya kasi tinted sikit cermin tu. Panas sangat. Lepas tu saya kasi kunci rantai Palestin, untuk ingatkan dia bahawa semangat Saladin dan Palestin tak boleh dipisahkan. Lepas tu adalah bubuh dua sticker Save Gaza dan Save al-Quds.
Dan Saladin memang baik orangnya..eh silap, memang baik keretanya. Dia tak pernah merungut atau meragam pun. Saya pastikan vitamin cukup, selalu pi klinik setiap 5000km, bawak masuk spa dan refleksologi. Kadang-kadang buat rawatan kuku dan kaki sendiri kat rumah. Cuma ada la sekali dua Saladin habis tenaga. Tukar bateri, dia OK la balik.
Cinta hati saya ni takmau saya let go. Biarlah orang lain nak pakai kete apa sekalipun, asalkan Saladin tetap dengan saya.
Kalau ade rezeki, ingat nak touch up sikit Saladin biar berseri dan bawa semangat baru, tapi saya tkde budget lagi lah.
Apapun, inilah kuda hitam saya, cinta hati saya.
Love u muah muah
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Tuan, Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya ke...
-
Assalamualaikum wbt Saya selalu nampak juga dan kadang-kadang tergolong dalam golongan yang suka bertanya adakah normal sesuatu perkara ya...
-
Tiada tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yg agung.Tiada Tuhan selain Allah...
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
bismillahirrahmannirrahim.. assalamualaikum warahmatullah.... mulakan dengan lafaz suci..moga perjalanan seterusnya bagi blog ni mendapat...
No comments:
Post a Comment