Assalamualaikum wbt
Hari ini kita akan mengupas definisi harta pusaka dan kaitannya dalam pengurusan wasiat.
Ramai orang memiliki harta pusaka tetapi tidak berwasiat
Ini sangatlah merugikan.
Mengikut definisi, harta pusaka adalah harta benda yang ada selepas berlakunya kematian seseorang.
Harta pusaka ini kemudiannya hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang layak dan berhak selepas menunaikan tuntutan terhadap orang yang telah meninggal dunia itu
Jika terdapat kos pengebumian (tiada orang lain yang menyempurnakan kos ini), dan jika terdapat hutang piutang yang perlu dilangsaikan, dan jika terdapat harta sepencarian, dan jika terdapat wasiat oleh si mati utk mendermakan sebahagian harta pusakanya, maka kesemua ini perlu ditunaikan dahulu sebelum diagihkan baki harta itu kepada waris mengikut hukum Faraid.
Apakah harta yang boleh diwasiatkan?
Terdapat dua jenis harta iaitu harta boleh alih dan harta tidak boleh alih
Contohnya adalah seperti jadual dibawah ini:
Ramai yang terlepas pandang tentang KWSP dan akaun lain. Jika terdapat penamaan dalam KWSP, maka penamaan akan diambil kira. Maka, jika anda berwasiat, penamaan di KWSP hendaklah dibatalkan supaya penamaan KWSP tidak 'override' wasiat anda.
Harus diingatkan juga, penama di KWSP bukanlah pemilik mutlak wang KWSP yang ditinggalkan. Mengikut undang-undang, penama tersebut haruslah mengagihkan wang KWSP itu kepada waris-waris yang lain mengikut Hukum Fara'id. Ini bermakna, penama telah menjadi wasi dan bukanlah pemilik wang itu.
Bagaimana pula dengan caruman SOCSO?
Bagaimana pula dengan duit insurans?
Bagaimana pula dengan penamaan di bank?
Bagaimana dengan penamaan rumah, kilang dsb?
Bagaimana dengan hutang? Adakah perlu diwasiatkan?
Bagaimana dengan rumah yang dibeli atas dua nama?
Bagaimana pula dengan harta sepencarian?
Ketahui jawapan secara detail dan terperinci bagi semua soalan di atas dan pelbagai persoalan lain dengan mendaftar ke SEMINAR WASIAT kami
Maklumat lanjut tentang seminar wasiat boleh didapati disini: SEMINAR WASIAT
Untuk sebarang maklumat, sila hubungi kami di email ke salwamohdsaleh@gmail.com
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
bismillah walhamdulillah wallahuakbar asalamualaikum warah matullah alhamdulillah, pujian atas kuasa yg memerintah seluruh alam.alhamduli...
-
Raghbatu `abdin fi `afwillah (Imam Syafi`e) إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي Kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk ha...
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Topik ni selalu timbul di kalangan kenalan saya sejak dua menjak ni Tak hairan lah sebabnya anak-anak lebih kurang se...
-
Assalamualaikum wbt Kalau kita cuba puasa gandum, memang jenuh. Macam-macam tak boleh nak dimakan. Roti, biskut, segala mak jenis kek, man...

No comments:
Post a Comment