Seni Doh: Eskperimentasi aktiviti mudah dengan variasi faedah
Seni Doh & Tanah Liat
Mary Ann F. Kohl
RM 15.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830687933
Tahun terbit: 2012
Jumlah muka surat: 149
RM 15.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830687933
Tahun terbit: 2012
Jumlah muka surat: 149
"Ianya tentang proses, bukan produk yang terhasil" - MaryAnn F. Kohl
Pendahuluan
Saban tahun saya mengunjungi PBAKL, pasti tidak pernah terlepas mencuci mata dan minda di gerai jualan ITBM. Jika ada slot di Sofa Putih ketika itu, saya akan mendengar hujah bahas panel pembentang dan kadang mengangguk sama sebagai tanda setuju. Sedikit berbeza, saya lebih kerap menghabiskan majoriti waktu di gerai ITBM dengan membelek buku-buku seni krafangan dan buku kanak-kanak.
Mungkin di kalangan orang awam,
ITBM lebih sinonim dengan koleksi buku fiksyen dan bukan fiksyen, kumpulan
puisi dan cerpen , buku-buku berunsur kebudayaan dan buku-buku terjemahan
bersifat akademik. Justeru tidak hairanlah jika masih ramai lagi yang kurang tahu bahawa ITBM juga memiliki
sejumlah besar judul buku yang telah diterjemah berkaitan seni kraftangan dan
seni kreatif.

Bersila di lantai gerai ITBM, saya
terus membelek bahagian isi kandungan buku. Minda yang sedikit keletihan
berjaya di segarkan dengan melihat
isi kandungan buku ini.
Kandungan aktiviti di luar kebiasaan
Buku yang ditulis MaryAnn F.Kohl ini menghimpunkan seribu satu macam seni doh yang begitu praktikal untuk dinikmati keasyikannya dengan anak-anak. Pada hemat saya, MaryAnn telah berjaya keluar dari kepompong kebiasaan aktiviti permainan doh dengan berinovasi dan mengutarakan variasi aktiviti yang melangkaui kebiasaan perbuatan asas seperti menguli, membentuk dan bermain dengan bahan yang terbentuk. Puluhan aktiviti-aktiviti yang disarankan disertakan panduan eskplisit yang akan mengujakan sesiapa sahaja yang mencubanya.
"Bermain adalah kaedah
pembelajaran yang paling disukai" - Diane Ackerman, Penulis Kontemporari Amerika
Anak-anak seawal usia kecil harus di ajar beraktiviti sihat bagi menajamkan skil kawalan motor mereka. Berdasarkan
Konvensi Hak Anak-Anak PBB, 10 hak
harus dipenuhi oleh setiap ibubapa atau penjaga terhadap anak atau jagaan
mereka. Daripada sepuluh hak yang ditetapkan ini, hak untuk bermain diletakkan sebagai hak pertama.
Sesuai pula dengan prinsip UNESCO tentang 4 tunggak utama dalam
seisi pembelajaran iaitu yang pertama, belajar untuk mengetahui (learning
to know), yang kedua, belajar untuk melakukan (learning
to do), yang ketiga, belajar untuk menjadi dirinya sendiri (learning to be), dan yang keempat belajar untuk hidup bersama (learning to live together).
Variasi faedah dengan aktiviti mudah
Pelbagai manfaat yang dapat
diperolehi dalam aktiviti seni doh. Dari sudut fizikal, penyepaduan sensori dan pergerakan,
anak-anak dapat menguatkan otot dan kordinasi tangan mereka ketika membentuk
doh. Mereka juga dapat mempelajari impak bagi setiap perbuatan ketika bermain
dengan doh seperti memicit, mencucuk, membentuk dan menggentel doh. Dari sudut
emosi, mereka dapat menjana kreativiti dan menajamkan minda dengan mengenal
warna, memikirkan bentuk yang ingin direka , merangsang upaya berfikir cara
mencantum doh bagi membentuk sebuah binaan.
Malah sepanjang aktiviti ini,
anak-anak mampu belajar mendengar arahan disamping membentuk jaringan kerjasama
antara rakan-takan, adik-beradik bahkan dengan ibubapa. Secara holistik, aktiviti ini
bukan sahaja mudah dilakukan malah mempunyai impak yang signifikan dalam
membina hubungan akrab antara kanak-kanak dengan ibubapa.
"Dengan bermain, dan hanya bermain, seorang kanak-kanak
malah orang dewasa sekalipun mampu untuk menjadi kreatif..." - D.W. Winnicott, Pakar Kanak-Kanak Britain
Keberkesanan simbol grafik sebagai mekanisme kawalan
Saya menjadi lebih kagum dan
sangat teruja ketika memerhatikan simbol-simbol kecil yang tuntas di setiap
penjuru kiri dan kanan helaian mukasurat. MaryAnn dengan bijaknya telah
menggunapakai satu garis panduan mudah dengan meletakkan simbol-simbol grafik
yang begitu signifikan supaya ibubapa dapat menyaring aktiviti paling sesuai
dengan sekali imbas tanpa perlu membaca dengan terperinci setiap butiran
aktiviti. Simbol-simbol ini tidak keterlaluan saya sifatkan sebagai mekanisme
kawalan untuk setiap aktiviti.
Simbol-simbol grafik ini memainkan
peranan besar dalam usaha membawa kanak-kanak dan ibubapa bersinergi dengan
setiap cadangan yang dinyatakan. Contohnya terdapat aktiviti dengan simbol yang
menyatakan campuran harus dibakar bagi mengekalkan bentuk atau objek terbentuk
boleh dikekalkan dengan teknik pengeringan secara udara sahaja.

MaryAnn menggarap setiap aktiviti dengan proses yang teliti dan mudah untuk diikuti. Setiap satu boleh dilakukan sendiri oleh kanak-kanak dengan sebahagian besarnya hanya memerlukan pengawasan minimal daripada ibubapa. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana MaryAnn telah menulis 23 buah buku berkaitan dengan kanak-kanak dan keibubapaan.
Percubaan yang membuahkan hasil
Saya sendiri telah mencuba salah satu aktiviti di dalam buku ini bersama dua orang anak saya, Imran dan I'jaaz yang masing-masing berusia hampir 6 tahun dan 4 tahun. Saya memilih untuk menghasilkan doh yang boleh dimakan!Unik bukan? Ini bukan sahaja idea yang menarik malah turut menggalakkan kanak-kanak mengenal erti penggunaan setiap bahan selain memupuk sikap tidak membazir. Apa sahaja yang kami hasilkan nanti boleh terus di makan.
Malah lebih menarik, keputusan
secara 'ad hoc' ini tidak sukar dibuat kerana kebanyakan aktiviti yang disarankan oleh MaryAnn menggunakan bahan asas yang sering digunakan di rumah
seperti tepung, telur, gula, garam, pewarna dan sebagainya.
Inilah kelebihan yang saya kira sangat penting dalam buku ini. Ramai ibubapa yang tidak mampu untuk terus menerus membeli bahan untuk aktiviti kanak-kanak yang biasanya mahal dan tidak berbaloi. Akan tetapi, dengan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di dalam buku ini, semuanya begitu mudah dan mengujakan!
Inilah kelebihan yang saya kira sangat penting dalam buku ini. Ramai ibubapa yang tidak mampu untuk terus menerus membeli bahan untuk aktiviti kanak-kanak yang biasanya mahal dan tidak berbaloi. Akan tetapi, dengan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di dalam buku ini, semuanya begitu mudah dan mengujakan!
Seperti yang diingatkan MaryAnn di
awal pengenalan buku, kanak-kanak tidak perlu mencontohi hasil kerja orang
dewasa namun ini tidak bermakna orang dewasa tidak boleh turut serta dalam
aktiviti ini. Itulah yang saya cuba praktikkan.
Saya memberi kuasa penuh kepada
kedua-dua anak saya untuk mengikut arahan yang ditulis di dalam buku ini. Daripada
aktiviti menyukat setiap bahan, menggaul bahan-bahan tersebut hinggalah proses
membentuk doh mengikut kreativiti dan citarasa mereka sendiri. Cuma aktiviti
membakar doh di ketuhar dikendalikan saya atas faktor keselamatan.
Alhamdulillah, akhirnya kami
berjaya mencapai objektif aktiviti iaitu masa berkualiti, pergerakan motor ,
merangsang idea kreatif dan akhirnya menikmati juadah doh yang diuli sendiri.
Jika anda berminat untuk
mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti ini, boleh singgah ke pautan berikut:
Cara membuat doh yang boleh di makan
Cara membuat doh yang boleh di makan
Konklusi
Jika diberi peluang dan ruang untuk saranan, saya akan mencadangkan MaryAnn dan penerbit untuk menambahbaik dari sudut grafik dan pewarnaan buku ini. Sebagaimana lazimnya buku kanak-kanak yang yang sarat dengan visual grafik berwarna-warni bagi menarik perhatian mereka dalam menterjemah isi kandungan selain membina keupayaan menganalisis melalui gambar.
Besar hasrat saya untuk
menyaksikan lebih banyak buku MaryAnn diterjemah oleh ITBM dan dipasarkan di
Malaysia. Malah saya berbesar hati sekiranya ulasan ini dapat membantu ibubapa
di luar sana dalam memilih aktiviti yang sesuai di waktu cuti dan istirehat
bersama keluarga. Sememangnya buku bernilai RM15.00 ini sangat berbaloi dan
harus dimiliki setiap keluarga. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
"Bermain, walaupun tidak
mampu mengubah hakikat kehidupan kanak-kanak, masih mampu menjadi satu cara
untuk mereka bereksplorasi dan menikmati setiap persamaan, perbezaan ,
keupayaan mencipta malah dalam jangka waktu singkat ini mereka adalah sama dan
saling berkerjasama" - Patricia G. Ramsey, Pakar Fisiologi Amerika
Makanya, adakah saya akan
mengesyorkan anda memiliki buku ini?
Pasti dan menjadi suatu obligasi!
Hi salwa, where can we get this book? Is it available online?
ReplyDeleteHi RohaniHashim,
DeleteI bought it from ITBM at PBAKL. I think you can buy from their shop too. It's at Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E
Seksyen 10, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
(603) 4145 1800
Hope this helps
teruja!
ReplyDeletekena cari buku ni. Thanks salwa for sharing <3
kan, saya pun teruja juga! hehehehe
Deleteu're welcome dear
menarik sangat buku ni.....mana bole dapata yerr?
Delete