Assalamualaikum wbt
Selepas seseorang tu mendapat baby, dan baby pulak dah berusia 6 bulan keatas, maka nya tk lepas la memikirkan apa yang nak dibagi kepada baby tersayang ni
Tentunya pilihan terbaik adalah makanan yang kita buat dan masak sendiri. Bagi ibu bapa yang berkerjaya, jangan risau. Anda juga boleh sediakan makanan sendiri untuk baby anda.

Untuk entri kali ni, saya nak berkongsi 10 makanan yg sangat di galakkan utk diberikan kepada baby anda yang artikel asalnya dalam bahasa Inggeris dari website Baby Centre
Makanan 1: Beri biru (Blueberries) 9 bulan ke atas
Beri biru penuh dengan kebaikan dari flavanoids dan juga sejenis buah yang mempunyai antioksidan. Benda ni penting utk mata, otak dan salur kencing baby kita.
Cara nak sediakan? Senang. Kisar sahaja hingga jadi puri ataupun lenyek dan campur dengan dadih (yogurt)
Cara nak sediakan? Senang. Kisar sahaja hingga jadi puri ataupun lenyek dan campur dengan dadih (yogurt)

Makanan 2: Dadih (yogurt) 6 bulan ke atas

Makanan 3: Labu (Winter squash) 6 bulan ke atas

Makanan 4: Lentils 6 bulan ke atas
Kt malaysia ni jarang la orang bagi lentils. Tapi ade je jual. kalau kedai bakery pun kadang2 ade. Sebab apa bagus? Penuh serat (fiber). Disarankan supaya kisar dan campur dalam makanan. Jgn buat snek pulak kang takut tercekik kalau kecik sangat lagi baby

Makanan 5: Sayur Hijau 6 bulan ke atas+
Well, well, mmg sangat penting dan bagus lah kan. Tkde la awal sangat utk kita start bagi. Saya suka campur dengan lobak merah atau labu supaya rasa dia ada manis-manis kelat sikit.
Sayur hijau penting utk tambah iron dan folat utk keperluan baby kita.

Makanan 6: Brokoli 6 bulan ke atas
Oh, antara paling senang nk buat dan campur adalah brokoli ni lah. Brokoli ni ade serat (diber), folat dan kalsium yang bagus utk elakkan kanser.

Makanan 7: Avokado 6 bulan ke atas
So far yg no 3 ni belum pernah bagi lagi. Sebab? Mahalnya ya ampunnnnnn... oh mcm berkira sgt pulak kan. Tp ye la, sini buah ni adalah sesuatu yg diimport dan mmg mahal. sob sob.
Anyways, avokado bagus sebab tolong perkembangan baby kita!

Makanan 8: Daging merah 9 bulan ke atas
Mula-mula bagi la dulu ayam ke ikan ke. Then boleh la try bagi daging lembu dan sebagainya. Penuh dengan zink dan iron tapi pastikan semuanya dimasak sempurna sampai empuk supaya jd lembut dan mudah utk dimakan

Makanan 9: Prune 6 bulan ke atas
Pernah dengar tak kalau susah berak bagi prune? Hehehehe. Cuba la try. Org besar pun boleh tau. Prune boleh tlglancarkan sistem pencernaan so bagus utk usus baby dan kita juga!

Makanan 10: Limau Mandarin 12 bulan ke atas
Sangat banyak vitamin C!!!! dan tentunya aktioksida juga. Cuma masam kalau tk pandai pilih so bagi la baby kita yg manis aje ye

Ok, diharapkan artikel ini dapat membantu anda semua utk pelbagaikan makanan baby masing-masing
Semoga berjaya!
Love,
Salwa
No comments:
Post a Comment