Assalamualaikum wbt
Apa khabar? Hari ni nak cerita sikit la pasal projek kerja amal. Yang nak jadi sukarelawan, yang baru nak berjinak-jinak. Kalau nak tahu hati
kental hati besi ke tidak, cuba turun padang, buat kerja amal.
Jika baru nak
bermula dan mencuba, sertai dulu mana-mana NGO atau kelab kebajikan atau
program yang sudah established. Mereka sudah ada SOP, lebih mudah menjalankan
urusan dan banyak otai-otai lama yang sudi beri tunjuk ajar.
Akak tulis ni pun
bukan mendabik dada. Lansung tidak bermaksud yang sedemikian. Ini sebenarnya
silap haribulan membuka pulak rahsia-rahsia sendiri yang selama ni orang ingat
mungkin tak susah mana la nak buat kerja begini.
1. Tahan umpat keji
Bila buat kerja
begini, macam-macam orang boleh kata. Ada yang ingat kita ni amik kesempatan.
Ada yang ingat kita ni ada habuan. Saya sendiri ntah berapa kali di tanyakan
secara direct, berapa you dapat you buat projek ni? Mereka tak boleh terima
jawapan 'TAK ADA APA-APA' kerana setiap mende mesti ada habuan duit di
belakangnya. Jadi saya tukar la jawapan. Saya dapat senyuman, kegembiraan, air
mata syukur, keinsafan sampai la akhirnya mereka mengaku kalah dan mungkin
masih rasa jawapan saya tak logik. Hahahahahah.
2. Niat lillahi taala
Kalau adik buat keje
gini utk penuhkan resume, atau supaya senang dapat naik pangkat atau supaya
bole keluar masuk TV, rentikan. Keje ni bukan sebab nak glemer atau ade imbuhan
lain. Niat sebab kita nak bantu orang yang susah dan perlukan bantuan. Urusan
pahala, syurga dan sebagainya keje tuhan. Dia dah ada pekerja nama malaikat
yang akan catat semua tu. Kita jalankan aje. Diakui memang ada ketikanya akan
kejar media, bukan sebab gila glemer tapi sebab perlu sangat hebahan mereka
supaya lebih banyak orang tahu dan dapat bantu. Cuma risikonya berganda-ganda
sebab reason yang nombor 1 tadi.
3. Persiapan mental
dan fizikal.
Kita boleh rancang
sesempurna mana pun projek kita. Cantik betul atas planning. Semua dah ada
susunan siap emergency plan. Tapi waktu berlansung tu la akan uji ketahanan
daya mental kita nak cari solusi dengan mudah dan pantas dan cekap, badan
memang tak banyak rehat dengan otak yang mudah penat. Sebab tu akak suggest
elok la muda-muda dah aktif buat. Banyak tenaga. Belajar dari akak abang yang
dah biasa jadi kita tahu gerak kerja. Lepas tu boleh jalankan projek sendiri
punya. Okeh?
4. Kerjasama dalam
team.
Dalam satu pasukan
tak kira la islamik mana pun hangpa nih, mesti ada bertelagah. Tak setuju itu
ini. Ikut arahan ketua. Dia tahu apa yang patut untuk mudahkan urusan semua
walaupun kita rasa mungkin tak berapa nak setuju. Kadang dalam whatsapp group pun
boleh bergaduh. Ada juga yang hantar iklan, hantar tazkirah, hantar gambar anak
sampai info yang penting semua dah terjauh di belakang. Itu tanggungjawab ahli
la untuk pastikan fokus dan ketua jangan menangkan mana-mana pihak. Cuba seadil
mungkin dan settlekan cara baik kalau jadi mende gini.
5. Persiapan kewangan
Nak lancarkan projek
especially kalau sendiri punya, mesti ada back up money di belakang. kita bukan
ada % yang boleh pakai jadi administration fees ke ape ke. Saya tahu tak salah
kerana akhirnya memang untuk tujuan itu juga cuma khuatir salah guna. Jadi
setiap projek saya lebih mudah ingatkan sukarelawan pakai la duit poket sendiri
utk minyak tol. Kadang kita la yang keluarkan untuk urusan belanja. Supaya
rekod keluar masuk pun clean dan kita sama mudah-mudahan dapat pahala
Amboih
Panjang na akak
membebel
Bukan apa, nak
launch PROJEK BARU soon
Sebab tu bebel
dulu....
Hahahahaha
Orait, stay tune!
No comments:
Post a Comment