Assalamualaikum wbt
Korang dah ada plan untuk cuti raya cina nanti? Cuti agak
panjang tu. Saya rasa saya mungkin akan balik kampung kot. Tapi dalam hati ada
juga rasa nak pergi jalan-jalan. Biasanya kalau cuti umum macam ni, memang
keluarga dengan anak-anak yang bersekolah akan ambil peluang untuk bercuti.
Kitorang ni memang la berhajat nak ke oversea semula. Last
rasanya tahun 2015 kot, pergi Acheh. Kemudian lepas tu doktor tak bagi dah
jalan-jalan jauh naik kapal terbang sebab Israa' masih kecik kemudian ada
masalah telinga pulak. Huhuhu. Puasa lama sangat. Sekarang dia dah besar sikit,
rasa nak naik kapal terbang tu muncul balik. Hehehehe.
Antara destinasi yang masuk dalam list adalah Vietnam
(shopping raya konon), Jepun (nak tengok Sakura), Maldives (Pantai yang super
gojes), Phuket (sebab makanan diorang cakap best) dan Korea (walaupun tak minat
KPop).
Tu dia, banyak sangat la pulak
kan, sampai tak tahu nak pilih mana satu. Macam la jutawan sangat kan. Tapi orang cakap tak
salah berangan. Berangan kan free. So why not letak aje la semua destinasi
dalam bucket list kan?
Kemudian hari tu terbaca pasal this contest by Traveloka.
Diorang buat contest untuk semua
Malaysian age 18 tahun ke atas. Seriously, memang menarik sangat kempen 'Fly
& Win' CNY Challenge ni. Oh btw,
if korang still tak tahu, Traveloka ni diorang ni bukan setakat ada web, malah
ada apps untuk korang buat booking flight tickets and accommodation dengan
senang. main click click aje dah siap dah booking. Hassle free u ols. Try la.
Dan diorang dah lama dalam industry travelling nih, well trusted.
Ok, berbalik semula kepada contest sempena Chinese New Year
tadi kan, Memula ingat apa la nak kena buat kan, kot la buat slogan ke apa ke. Kan
besenya kene ambil gambar, lepas tu taruk hashtag bagai. I ols dah siap-siap
nak make up untul selfie lagi (ok yang ni tipu).
Sekalinya rupa-rupanya nak tahu kene buat apa?
Kena main game!!
Seriussssss. Kalau nak try just click kt sini:
Hahahahahahaha. Maka bermulalah misi untuk menang pakej
percutian. Sape yang menang dapat tajaan flight dengan accommodation kot. Meh
saya nak tunjuk hadiah dia apa.
Taraaaaaaa
Kene re-iterate lagi sekali
1st price dapat pi Seoul okeh
2nd price pi Phuket
Nampak tak nampak tak?
Memang dijodohkan untuk menang la
kot! Langkawi je tak masuk bucket list sebab dah beberapa kali dah pegi.
Good.
Now i finally had a chance to win a free trip! Cheh, belagak
gila. Ingatkan just main game aje la kan. Tekan-tekan, settle la. Rupanya game
ni tak semudah yang di sangka okeh. Walaupun kapal terbang biru tu nampak cute
aje dan senang nak control, sebenarnya salah!
Memang susah gila kot game nih! Ke sebab i ols tak bese main game? Sikit-sikit jatuh.
Sikit-sikit jatuh kapal terbang biru tu. Langgar belon la, langgar bangunan
lah, langgar semua mende! Paling tinggi saya score 3 aje. ahahahahah. memang tak
berbakat lansung rupanya. tapi orang kata, jangan cepat mengaku kalah. Kalau
nak berjaya kene berusaha. Usaha tangga kejayaan la kononnya kan.
Kalau korang nak try, elok sangat lah. Especially yang terer
main game tu. Tipsnya, try main pakai hp. If korang main pakai hp lagi senang
kot nak control kapal terbang warna biru tu. Kalau pakai mouse, memang sampai
ke sudah tak ke mana la kapal terbang tu.
Mula-mula diorang akan minta izin untuk log in pakai FB
korang. Just allow. Takde masalah apa-apa in sya Allah. Then dah boleh main la
game tu. Better u ols practice bagi kaw-kaw sampai score sangat tinggi baru la
submit score tu. Kalau tak nanti, macam mana nak menang kan?
Jangan risau. Ada butang replay, so korang boleh try main
banyak kali sampai la terer. Jangan addicted sampai tak makan tak minum tak
tidur pulak ye. Berbahaya untuk kesihatan tuan puan sekalian. Hehehehe.
Once dah puas hati dengan pencapaian korang, boleh la tekan
submit untuk masuk pertandingan ni. Oh ye. ada syarat tambahan yang tak susah
lansung pun. In order untuk submit score korang tadi, korang kene buat at least
5 shares kt FB. Then dapat la tekan submit score.
Tak susah kan?
So, jangan la tunggu lama-lama. Pertandingan ni sangat cute
dan cool sebab semua orang ada fair chance nak menang. Sape yang praktis paling
banyak dan paling rajin cuba main game ni, dia la akan dapat score paling
tinggi. I think it works like that lah.
Adapun saya yang tak berapa nak pandai main game ni kena la
lebih berusaha keras. Maybe bukan rezeki saya untuk menang tapi maybe rezeki
korang? Mana nak tahu kan? apa salahnya share info ni. Bukan sebab kita nak
menang sorang-sorang aje betul tak?
So, kepada yang masih belum ada bajet nak bercuti atau masih tercari-cari nak
pegi mana, saya sarankan try la main game ni. Mana nak tau memang korang punya
destinasi tahun ni nak ke Seoul, Phuket atau Langkawi.
Tak dapat pi situ pun
mana tau dapat voucher. RM1000 tu kot. Banyak tu.
Oh ye, membebel bukan main lagi panjang. Lupa nak bagitahu.
Contest ni start dari 22 January sampai 28 Febaruary 2018. So ada baaaanyak
sangat masa untuk korang practice okeh?
Semoga berjaya!
Bye
Love,
Salwa
mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck ehh collect angpoww
ReplyDelete