Review filem MUNAFIK 2 : Di mana silapnya?

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Malam semalam saya menonton filem yang sememangnya saya tunggu-tunggu sejak tahun lepas lagi. Penangan filem Munafik yang lalu sangat berbekas dihati. Bermula dengan menjadi sebutan ramai orang, hingga membuatkan saya  'turun' ke panggung dan amat berpuas hati dengan apa yang disajikan.

Tentu masih ingat, saya pernah membuat review tentang filem Munafik. Boleh baca di sini REVIEW FILEM MUNAFIK 

Mahu atau tidak, saya telah menetapkan satu aras untuk Munafik 2. Apatah lagi dengan trailer yang di tontonkan kepada kita dan pesanan khas dari pengarahnya di IG; Syamsul Yusof yang sering menekankan konsep yang dibawakan adalah lebih berat.



Review kali ini saya akan cuba ketengahkan mengikut beberapa kategori.

1. Lakonan

Mantap! No question about it. Kesemua pelakon membawa lakonan dengan baik dan nama-nama besar yang baru masuk ke Munafik 2 adalah pelakon yang disegani. Watak yang diberikan dapat dijiwai mereka dengan baik. Ekspresi muka, intonasi, gerak tubuh kesemuanya nampak menjadi dan unik mengikut karakter masing-masing. 

Pujian saya sebenarnya pada satu watak sampingan yang saya rasa agak terkejut dengan kemampuannya. MAWI! Ya, kita hanya biasa dengan suaranya tetapi kali ini, not bad at all lakonannya. Malah, saya merasakan lantunan ayat quran yang dijadikan ruqyah adalah lebih 'menangkap' berbanding Ustaz Adam lakonan Syamsul kerana bacaan beliau lebih lancar, fasih dan mengikut hukum tajwid yang betul. Babak beliau 'berlawan' dengan syaitan juga lebih mengesankan.

2. Muzik latar

Di sini saya fikir ada sedikit 'terlebih' berbanding keadaan yang sewajarnya. Dari awal filem hingga ke hujung, terlalu banyak sound effect yang kadangkala mengganggu jalan dan dialog. Memang banyak adegan yang memerlukan suspen namun tidak semuanya perlu ada muzik yang mengiringi kerana ianya membunuh suspen itu sendiri. Penonton dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. Very well predicted.

3. Dialog

Jika anda ingin membawa sesuatu pulang dari Munafik 2, tidak ada imej-imej menakutkan atau 'hantu' yang akan stuck di dalam pemikiran anda. Saya membeli tiket malam hari, Malam Jumaat pula tu dan menonton seorang diri. Jangka saya, saya pasti ketakutan untuk memandu pulang dan terbayang-bayang sesuatu. Tetapi tidak. Saya hanya pulang dengan buntu dan seribu satu persoalan dan ketidak puasan mungkin. 

Namun buah tangan yang boleh dipetik adalah dialog-dialog yang penuh pengajaran. Ada yang bersahaja, ada yang menyindir, ada pula yang terlalu berat dan nampak tidak sesuai. Kesal saya adalah terdapat beberapa scenes yang terjadinya pengulangan ayat-ayat dialog yang sama ketika Munafik dahulu. 




Lama saya berfikir sebelum cuba mencari jawapan. Mungkin penonton di Malaysia secara umumnya masih memerlukan dialog sedemikian rupa? Kerana feedback yang saya lihat dari media sosial, rata-rata memuji sudut ini. Atau adakah saya terlalu meletakkan harapan tinggi? Tidak juga kerana beberapa kenalan malah suami saya turut berkongsi pendapat yang sama dengan saya.

Saya juga mengharapkan dialog-dialog dalam scene mengubat rasukan dapat di letakkan sarikata kerana itu semua dipetik daripada ayat Al-Quran dan banyak kaitannya kenapa ayat-ayat tertentu diguna pakai untuk waktu tertentu. Jika difahami maksud ayat, tentu penonton lebih appreciate dan dapat relate dengan kejadian ketika itu.


4. Plot

Inilah kekurangan paling jelas dalam Munafik 2. Jika Munafik dahulu, kita diceritakan dengan jelas satu persatu keadaan Ustaz Adam sehingga membuatkan dia bersikap acuh tak acuh dan wujud 'konflik' dalam dirinya, kemudian disusuli dengan kisah Maria, kita dapat menangkap satu persatu sorotan sehingga terjadi plot twist di akhir cerita. Mengesankan!

Tidak pada Munafik 2. Jalan cerita bersepah dan tidak banyak logik yang didapatkan. Bermula dengan adegan flashback,kemudian keadaan Ustaz Adam yang masih 'berkonflik' tanpa sebab yang jelas, kemudian dengan adegan adegan bertindih yang mengejut dan meleret. Kehidupan sekitar cerita Sakinah dan anaknya juga banyak yang tidak diberikan penekanan dengan baik. 

Diburukkan lagi dengan penceritaaan Abuja yang tidak logik. Segalanya tentang Abuja dan pengikutnya malah orang kampung juga, tidak berada atas paksi yang sepatutnya. Cara cerita mereka ini digarap seolah-olah ini hidup di zaman 60-an di suatu tempat amat terpencil yang tidak ada akses jalanraya, tanpa ada badan-badan agama atau sekurang-kurangnya berpakaian lah seperti orang moden dan bukan penjahat zaman lanun.



Plot twist tidak menjadi. Tidak ada diberitahu sebab dan hubung kait. Malah saya sempat lagi mengharap plot twist itu sebenarnya mimpi atau kesilapan teknikal. Ending? Oh tuhan, saya sangat mengharapkan Syamsul lebih kreatif dan dapat memberi kejutan lebih baik.

Kesimpulan

Saya sentiasa percaya setiap orang berbeza dalam menilai sesuatu filem berdasarkan apa yang kita mahukan. Begitu juga saya. Saya mahukan sekurang-kurangnya Munafik 2 dapat menyentakkan hati dan membawa isu lebih dekat dengan penonton. Bukan isu berat yang sarat dengan dialog 'hebat' tetapi tidak dapat diterjemah dengan baik oleh penonton.


Akhirnya kami meninggalkan wayang dalam keadaan terpinga, tidak percaya sudah habis menonton Munafik 2 rupanya!

Overall rating: 3/5 

2 comments:

  1. Saya setuju tentang plot hole .. tpi saya tidak setuju tentang ulasan puan tentang pakaian abu ja ..

    Bukan kah munafik disini ditujukan kepada abu ja , bukan kah ada di tunjukkan di dalam filem tersebut bahawa abu ja itu mementingkan rupa dari luar

    "Konon ustad tapi tak pakai serban"

    Jadi dari sini kita tahu yang abu ja seorang extremist tapi juga sorang yang sesat dari landasan sebenar sebab itu mereka berpakaian sebegitu


    ReplyDelete
  2. Boleh bagi contoh isu apa yang lebih dekat dengan penonton?

    ReplyDelete

Instagram