Assalamualaikum wbt
Wah, first time pergi perarakan Merdeka!!
Excited sebenarnya.
Excited sebenarnya.
Bersama peserta perarakan yang berpakaian tradisional. |
Seawal pagi bersiap. Memang diorang jenis yang bangun Subuh, setiap hari walaupun cuti. Jadi tak ada masalah nak bersiap awal.
Kemudian sarapan ringkas biskut roti dalam kereta. Dah sampai tu pun parking memang dah penuh sangat.
Diwawancara krew RTM |
Tido dulu, amik energy |
Masuk akhbar The Star! Hehehe |
Kami (baca: Emak) memang pilih untuk berbusana tradisi. Bukan nak tarik perhatian sebenarnya tapi nak pakai bila lagi kan? Lagi pula inilah event dan time super sesuai untuk pakai begini dengan semangat jiwa merdeka. No one should judge us.
Amboih.. yang hat atas kereta kebal posing baik punya! |
And kind of expected lah bila jadi tumpuan. Ramai berhenti minta bergambar. Ada beberapa jurukamera juga minta izin. RTM pun interview, akhbar The Star etc. Kami posing aje. Takde masalah.
Oh ya. Ni bukan songket betul.jangan risau. Hahahahah. Kain japanese cotton. Nipis dan selesa. Yg kat dalam tu sleeveless. Cotton juga. So tak la panas.
Gaya tak menahan! |
Kagum dengan semangat berkawad dalam cuaca panas huhu |
Cuma sebab sesak sangat, kami sampai ke tepi pentas utama sahaja. Tak dapat tengok lebih dekat. Dalam sejam lepas tu kami bergerak melawan arua. waktu ni la dapat bergambar dengan askar, polis, bomba, kereta kebal, kuda yang semua tengah standby tunggu giliran.
I'jaaz bergambar dengan acik-acik askar |
Imran tak mau naik atas lori askar. Rugi laaa |
Habeh hati budak-budak ni dapat lambai dan tangkap gambar. Boys!!!!
Alhamdulillah
Pengalaman yang menarik dan unik
Israa' dan Iyaad pun behave.
Orang paling excited kibar (baca: Libas) bendera |
Mujur Israa' sangat behave |
So.. yeah. A happy day
Wah semangatnya! Seronok baca sana sini meriah je pasal sambutan hari kebangsaan ni.
ReplyDeletePuan sekeluarga rupanya ye yang berbaju tradisi ni. Tengok dlm the star tapi tak perasan pula orangnya siapa :)
HEhehe, sesekali berpakaian tradisi dgn niat nak memberi awareness juga. Terima kasih puan berkunjung ke blog saya :)
Delete