Mesti bawak anak-anak ke KIDZANIA!

Assalamualaikum wbt

Waaa dah lama tak post pasal tempat jalan-jalan kan? Tu la, asyik busy aje. Hahahahaha. Tapi kan dalam busy tu pun sebenarnya still we ols akan spent time untuk beraktiviti dengan anak-anak.  Cumanya kena plan dan bawa diorang ke tempat yang berfaedah so that diorang boleh belajar sesuatu.

Zaman sekarang ni kat luar makin lama makin mencabar, dengan ekonominya dan teknologi yang makin canggih. Makin ramai rakyat Malaysia kat luar sana, so nak bersaing antara sesama kita untuk menambah income pun agak makin susah. Sebab itu le pentingnya nak educate anak-anak kita.

So kali ni saya nak ceritakan ada satu tempat di KL yang boleh tolong untuk didik anak kita supaya jadi independent, tau kepentingan teamwork, develop skill, dan kesedaran tentang pentingnya duit. Hahahahaa. Duit jugak la yang di letakkan sudahnya kan, but yeah. Reality nya camtu la. Duit memang nak kena pakai.

Nampak macam berat kan. Dont worry guys, tempat ni actually untuk budak-budak je. So of course apa yang diorang ajar untuk budak-budak senang faham.

Nama tempat ni ialah Kidzania Kuala Lumpur, pernah dengar tak? Best wooo. Kidzania ni located berdekatan dekat Mutiara Damansara, korang boleh google macam mana nak ke sana. Ok la, kalau untuk mak-mak, mesti pernah dengan Ikea kan? Haa dia dok sebelah menyebelah aje tu.



Kidzania ni bukak setiap hari kecuali Isnin. Korang boleh tengok timing dia dekat website dia, and ada jugak kalendar so korang boleh plan awal-awal. Nak buat school trip untuk cikgu-cikgu yang sudi baca ni pun no problem. Harga tu berbeza untuk setiap umur, korang boleh beli kat kaunter dia atau nak senang kat online je. Tekan tekan dah dapat tiket. Settle.
Ni nak cerita sikit apa dia Kidzania, ni and apa aktiviti yang ada. Dalam ni ada 60 tempat yang korang boleh buat lebih kurang 100 aktiviti. Banyak kan? Haa and setiap aktiviti tu budak-budak akan experience role playing umpama macam dalam dunia sebenar. Contohnya la kan, dalam dunia pekerjaan sebenar macam doktor, bomba, pilot and banyak lagi. Diorang sebenarnya dalam role playing tu diorang dapat belajar banyak benda dalam keadaan seronok. Sambil tu diorang boleh jugak learn social skill sebab setiap aktiviti tu diorang akan bercampur dengan budak-budak lain. Sebenarnya ramai gak orang luar negara yang bercuti kat Malaysia ni hantar anak-anak diorang kat sini untuk experience apa sebenarnya kat tempat Malaysia attractions ni.

Don't worry guys sebab untuk mak bapak budak yang dah cukup umur ni, korang pun boleh join aktiviti gak. Dia ada aktiviti yang perlukan khidmat parent dalam role playing. Ada Talent game juga yang melibatkan menyanyi, thats why korang dah boleh start practise dengan anak korang untuk nyanyi duet. Haha silap-silap ada orang amek video masuk dalam youtube terus jadi famous. Tu la kalau suara sedap la kan. Kira rezeki tu. Kalau tak sedap, viral jugak kot hahahahahaha

Ada juga game yang perlukan korang untuk berfikir macam Get Out, diberikan masa untuk setelkan masalah, dan ada juga aktiviti ala-ala treasure hunt tapi moden sikit sebab pakai QR code untuk korang scan. Bawak anak korang sini adalah salah satu cara untuk bonding dengan anak gak. Setuju? Kalau setuju bawak la anak korang pergi sekarang.

Ada jugak mak ayah yang dah pening kepala nak cari venue nak celebrate birthday anak kan? Jangan risau, korang takde masa nak pening kepala so tak payah makan panadol tapi bawak lah anak korang ke Kidzania ni. Sebab kat sini korang boleh organize birthday party. Tapi apa yang korang kena buat ialah book awal-awal sebab takut fully book. Sudah semestinya bukan korang je yang nak celebrate birthday anak kan. Hihi.

Yang special lagi kat sini bukan untuk budak-budak je tapi untuk company yang ada staff kalau nak build teamwork atau nak buat program latihan kat sini pun kira okay. Sebab Kidzania ada offer untuk corporate program yang boleh customize ikut kehendak korang. Korang pun boleh jugak role playing, kot-kot korang dulu ada cita-cita nak jadi pilot ke, bomba ke, doktor ke. And korang boleh jugak dapat benda yang positif, dari segi teamwork, have fun to release the stress.


Haaa panjang dah ni cite pasal Kidzania nih. So rumusannya, Kidzania ni sesuai untuk semua. So plan lah untuk bawak anak korang ke Kidzania ni sebab dengan experience yang diorang dapat berbaloi dengan harga. InsyaaAllah tak menyesal ok?

Last but not least, kalau nak tengok dan rasa sikit pengalaman macam mana la dok kat Kidzania tu, korang boleh tengok video ni. Enjoy!



Yang melaporkan,

Emak

1 comment:

  1. Anak2 da berkali2 sampai.. tp kita tak penah2 sampai..hik3

    ReplyDelete

Instagram