Visualisation - LUA - Affirmation
Lihat kad kecil di tapak tangan saya. Tertera tempat, tarikh dan butiran selanjutnya. Semua ini saya catat pada hujung tahun lepas sewaktu saya menulis VB (Vision Board) untuk tahun 2019.
Dan ketika menulis status ini, saya dan keluarga sedang menikmati udara segar, putih pasir pantai dan kebiruan air laut Pulau Perhentian yang buat pertama kali dalam hidup saya, akhirnya tercapai impian untuk melihat superbly 'Crystal Clear Beach' sehingga di jeti tadi, kami melihat ikan berenang seolah-olah di dalam akuarium.(Perhatikan gambar di bahagian kanan di bawah, ikan ada di sana)
Entah berapa kali agaknya saya mengucapkan Subhanallah.
Bukan kerana saya alim atau sentiasa berzikir orangnya (mudahan di masa hadapan begitu) tetapi kerana mengenangkan betapa baiknya Allah yang memberi nikmat untuk mata saya menatap pemandangan sebegitu cantik yang berpuluh tahun lama saya idamkan. Moga percutian kami selanjutnya selepas ini terus dalam redha-Nya.
Berbalik kepada VB tadi, sewaktu menulis kita sememangnya menulis impian. Impian boleh sahaja dalam short, medium atau long term. Untuk tahun 2019, beberapa perkara specific saya tulis dan design dan print dan tampal supaya sentiasa saya Visualise 'saya akan dapat'. Dengan melihat dan sentiasa mengenang, subconscious mind kita akan berusaha keras menggerakkan anggota selebihnya ke arah matlamat yang sama.
Tidak bolehkah matlamat duduk di dalam kepala sahaja?
Boleh tetapi kurang efektif. Kerana kita tidak di ingatkan selalu malah mungkin akan lupa terus berbanding meletakkan di tempat sasaran dan berusaha keras menuju ke situ. Dengan banyak masalah , dengan pelbagai tugas harian, bagaimana kita nak gerak kan otak memikirkan impian setiap hari? Maka, menulis dan menampal dan melihatnya, dapat membantu.
Oh ya, impian tidak juga dicapai kalau menempek di dinding kemudian bergoyang kaki menunggu rezeki. Salah. Begitu juga bila visualisation hanya 'sendiri', kadang boleh jadi goyang.
Contohnya kerana kekangan masa dan budget, percutian ke Pulau Perhentian hampir tidak pernah saya fikirkan tetapi tidak pula saya tinggal kan. Dengan menggunakan Affirmation 'saya pasti akan pergi' dan tarikan LUA (Law of Universal Attraction) dalam doa yang memang meminta , dengan aturan cantik Allah, akhirnya sampai juga kami di sini.
Cubalah.
Bukan hanya pada percutian atau barangan atau kewangan. Malah paling penting untuk kesihatan, untuk kemenjadian anak-anak, untuk bahagianya rumahtangga. Dan paling penting, untuk syurga-Nya!
Love,
Wonder Emak
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Semalam telah berlansung dengan ...
-
Tgh serabut dan tak tentu hala Tgh banyak kerja yang due ...
-
Assalamualaikum wbt Idea ini asalnya dari seorang kawan ...
No comments:
Post a Comment