Berhenti salahkan diri sendiri

Wanita, berhenti salahkan diri sendiri!

Ramai kenalan dan wanita berkerjaya bertanyakan pendapat saya tentang kerjaya vs. surirumah. Majoriti selalu rasa bersalah kerana tidak dapat berhenti kerja dan menjadi housewife. Dan nasihat saya masih juga sama;



Setiap dari isi rumahtangga ada ceritanya. Tak semua orang sama. Ada masalah tersendiri. Ada cabaran tersendiri. Berhenti kerja bukan juga jalan keluar bagi semua orang. 

Jika kita berkerjaya kerana ingin keluarga lebih bahagia dan sempurna dan atas sebab-sebab lainnya, kenapa benarkan rasa bersalah?

Jangan fikirkan soal mulut orang lain. Mereka tidak menyuapkan nasi ke mulut kita. Mereka juga pandai cakap tetapi amat kurang yang akan membantu. Belajar untuk tidak mendengar cakap orang dan tidak bandingkan kehidupan orang, in sya Allah lebih bahagia.

Paling unik, kebanyakan yang menjatuhkan wanita ini adalah wanita juga. Tendency untuk katakan 'aku paling baik' sangat menebal walaupun kadangkala ucapan tu nampak tersembunyi atau disudahi dengan perkatan 'hehehehe'.

Tiada siapa yang lebih baik daripada yang lain.Kita berada dalam kitaran. Saling memerlukan dan saling melengkapkan.

Apakah nilaian paling utama dalam neraca amal?
Adapun nilai taqwa adalah neraca sebenar

"Sesungguhnya yang paling  mulia  di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)

Sudahlah. Jangan sedih-sedih.
I'm sending a bouquet of loves to all women out there

Love u!!!!

wonder emak

1 comment:

  1. Setuju sangat dgn puan. Skrip hidup kita berbeza, cara bahagia dan nilai bahagia itu juga tidak sama antara satu sama lain. Jadilah org yg menyokong, bukan yg menjatuhkan/merendahkan sesama kaum Wanita.

    ReplyDelete

Instagram