Perlu ke hantar ibu bapa ke pusat jagaan warga emas?

"Nama pengantin lelaki tu Zafran. Itu sahaja yang saya tahu"

Mak Yah (bukan nama sebenar) tidak mahu baju yang lain. Dia mahukan baju pengantinnya. Katanya majlis dah nak bermula dan dia dah bersiap untuk dinikahkan. Mak Yah menegaskan sekali lagi.

"U all semua kena beritahu my brother. Because he's my wali. Lagi satu, kalau tak bagitahu dia, i nak nikah, nanti dia temper. So u please ya, call him and tell him"

Kata-kata yang keluar lancar, teratur malah sangat bersopan santun dalam penegasan yang dibuat Mak Yah. Saya masih di hujung bilik, mengamati butir bicara Mak Yah. Usianya bukanlah muda mana. Sudah hampir 70-an mungkin pada pengamatan kasar saya. Matanya tidak berapa nampak.

"Kemudian can you please call Dee (dan beberapa nama lain yang saya tidak ingati)." kata Mak Yah kepada pemilik Laman Khaira sambil jarinya mengira satu persatu.



"I think that's all. Yang important. Bagitahu saya dah nak nikah ni hari ni"

Walaupun ketika itu sudah melepasi jam 5 petang, cahaya matahari yang menembusi melalui lapisan langsir siang sudah cukup menerangi ruang bilik tempat Mak Yah ditempatkan. Ada 3 katil di bilik paling belakang. Ada katil yang biasa, ada juga katil khas seperti katil hospital di ruangan tersebut.

"Takpe Mak Yah, nanti saya beritahu ya. Mak Yah rehat dulu. Nanti nak makan malam pula" kata Datin Intan menenangkan. Mak Yah mengangguk-angguk dan melihat Datin Intan mengiringi saya keluar dari bilik.

Saya tak dapat menahan rasa ingin tahu. Sebelum saya bertemu Mak Yah, saya telah terlebih dahulu berbual dengan beberapa orang penghuni di sini yang semuanya baik belaka. Mereka ketika itu sedang diperiksa tekanan darah oleh jururawat bertugas. Setiap hari bacaan suhu dan tekanan darah di ambil secara berkala dan direkodkan. Segala pengambilan ubatan dan makanan tambahan juga direkodkan mengikut keperluan setiap penghuni.

"Saya tengok Mak Yah tutur katanya teratur dan begitu professional sekali", kata saya.

Benar telahan saya. Mak Yah dahulu seorang yang berjawatan tinggi di Bank ******, tidak pernah berkahwin. Mak Yah mempunyai sedikit masalah kesihatan dan pernah melalui pembedahan namun pembedahan tersebut gagal dan menyebabkan Mak Yah mengalami tekanan perasaan yang teruk. Keadaan menjadi lebih memburuk sehingga Mak Yah berhalusinasi.

Kerana itulah kerap Mak Yah berada dalam situasi yang berlainan yang kadang tidak dapat diduga. Mak Yah beruntung kerana mempunyai adik-beradik yang sangat sayangkan Mak Yah, meneruskan rawatan secara berkala agar tekan an perasaan Mak Yah sedikit terkawal melalui ubatan yang dibekalkan pakar. Mak Yah tidak mencederakan diri dan tidak juga membahayakan orang lain. Kerana itu Mak Yah dihantar ke Laman Khaira, agar setiap masa ada pemantauan dari jururawat berkelayakan.


Pemandangan sekitar Laman Khaira


Betul juga pada amatan saya.

Kata Datin Intan, persepsi masyarakat tidak membantu apabila anak-anak atau ahli keluarga mempunyai masalah untuk menjaga warga emas di rumah mereka. Bukanlah bila menghantar mereka ke Laman Khaira bermakna mereka ini derhaka atau lupakan jasa.

Kadangkala ahli keluarga terpaksa berkerja jauh atau offshore misalnya. Tidak ada pula ahli keluarga terdekat yang dapat membantu saban waktu. Bila ada maid yang diupah, mereka tidak tahu adakah jujur melaksanakan tugas. Betulkah sukatan ubatnya, betulkah mereka menjaga dengan baik setiap masa? Kadang sampai perlu letak kamera di setiap sudut rumah, itupun belum tentu dilihat jika terlalu sibuk.

Sedangkan warga emas ini perlukan perhatian setiap waktu, dipantau dengan baik, disediakan makanan-makanan yang bersesuaian dengan tahap umur dan kesihatan mereka. Malah waktu makan malam juga awal, supaya dapat berehat segera. Sebelum tidur diberikan susu suam jika mahu supaya tidur lebih lena dan selesa.

Di sini, anak-anak boleh sahaja datang sepanjang masa. Tiada sekatan. Terletak di kawasan emas di Presint 16, Laman Khaira tenang dan dikelilingi pelbagai kemudahan berhampirannya. Kawasan untuk warga lelaki dan wanita juga berbeza. Ada disediakan aktiviti seperti tazkirah, mengaji malah aktiviti seni untuk yang boleh menguruskan diri. Kini, pusat jagaan warga emas seperti Laman Khaira juga sudah menjadi satu keperluan dan amat membantu terutama untuk mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat jururawat peribadi di rumah atau tidak dapat pula untuk menjaga sepenuh masa warga emas yang tidak dapat menguruskan diri mereka.

Saya fikir, tidak ada salahnya jika semua telah ditimbang rata dan sempurna, saksama baik dan buruknya.

Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh lihat video Laman Khaira seperti yang disiarkan Harian Metro di bawah ini:



Laluan masuk ke pintu utama Laman Khaira
pusat jagaan warga emas, pusat jagaan laman khaira, laman khaira, laman khaira putrajaya, pusat jagaan orang tua, pusat jagaan orang tua puchong, pusat jagaan orang tua kajang, pusat jagaan warga emas klang, pusat jagaan warga emas putrajaya, pusat jagaan orang tua putrajaya, pusat jagaan orang tua selangor, pusat jagaan shah alam, tempat tinggal warga emas
Saya dihadapan pintu masuk Laman Khaira
Bergambar kenangan dengan orang kuat di sebalik Laman Khaira, Datin Intan




Boleh juga ke laman web mereka di www.lamankhaira.com.my atau FB Laman Khaira. Hubungi talian 011-26245662 atau email ke info@lamankhaira.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut

Saya harap ini membantu!

Love,
Salwa

1 comment:

  1. tapi masyarakat melayu ni sensitive bab ni. kalau cina tu lagi mak diorang minta hantar. bukan bermakna hantar ke rumah orang tua, anak tu lupa diri. kdang2 orang tua tu sendiri nak.. sebab bermacam aktiviti, ramai kawan dan happening ...

    ReplyDelete

Instagram