Apa itu Piagam Rumah?

Piagam rumah kami untuk 2019

Nampak simple. Ringkas dan mudah pada mata kasar, tetapi amat 'challenging' untuk kami sekeluarga laksanakan. Sebab itulah di jadikan piagam. Di frame kan dan digantung supaya sentiasa cuba diamalkan.

Bukan mahu 100% sempurna. Kalau dapat separuh pun syukur alhamdulilah. Bukan kesempurnaan yang dikejar, tetapi usaha ke arah itu.

Bila lagi mahu berubah kepada kebaikan
Dan sampai bila kita mahu tunggu?
Tahu-tahu anak sudah besar dan tidak seperti yang kita mahu.

Apa kepentingan piagam di rumah?

Pembatas.
Penyambung.
Penentu.

Membataskan apa yang perlu. Berapa kadar gadget, berapa jam tidur, bila perlu tidur. Ini menghasilkan habit. Dan habit membentuk natural body clock tanpa perlu alarm dan snooze alarm berkali setiap hari.

Alhamdulilah kami sekeluarga termasuk bayi, (memang rutin sejak mula kahwin hingga kini) akan bangun pagi-pagi tidak kira di mana, bila , dengan siapa. Subuh mesti bangun dan bersiap walaupun cuti atau pergi bercuti.

Piagam juga menyambung apa yang terputus antara anak dan ibubapa . Terputus ketika sekolah dan kerja, balik rumah di sambung dengan riadah dan sesi bercerita. Gotong royong juga perlu untuk membentuk rasa tanggungjawab terhadap rumah walaupun saya rasa ini part paling perlu dilebihkan lagi heheh.

Dan piagam ini undang-undang.




Menentukan nilai yang ingin diterapkan. Bukan mudah bagi anak mengaku membuat kesalahan tetapi kerana nilai kita terapkan agar jujur, tetap harus bercakap benar . Bukan mudah juga ibubapa memohon maaf atas kesilapan kerana ego, tetapi kerana nilai nya menghormati orang, anak juga dihormati.

Begitulah

Jika ada kesempatan, memang di mana-mana bengkel dan acara, saya akan bercerita sedikit tentang piagam ini, kerana pentingnya membentuk generasi. Saya hingga kan membuat modul khas, untuk ibubapa kembali pada tanggungjawab yang paling penting namun selalu diabaikan. Saya mahu anak rasa dekat dengan ibubapa.

Marilah
Kita cuba bersama ya
Mulakan dengan yang sedikit
Nanti hasilnya pasti membukit!



Nak lebih tips keibubapaan dan Special Parenting?
Jom join kami di Telegram Channel t.me/wonderemak
untuk Special Parenting with Wonder Emak

Jangan lupa tekan video ni dan click subscribe jugak ye
Thanks!



Wonder Emak

No comments:

Post a Comment

Instagram