Review: Filem Malbatt Misi Bakara

 REVIEW - MALBATT : MISI BAKARA

Sedikit lewat Emak keluarkan , kerana Emak busy kerja. Setelah 2 minggu tak cuti satu hari pun, akhirnya kelmarin sampai harini, Emak amik cuti.

Naskah Adrian Teh ni memang Emak tunggu. Kita tahu nak expect apa. Kita tahu dia boleh buat apa.

So, let's go

1: AUDIO
Dari sudut audio, clean. Jelas dan tak bingit walaupun majoriti babak melibatkan pertempuran. Kita boleh dengar pasir bergeser dengan tayar APC (juga di panggil Condor) waktu mereka masuk Mogadishu. Kita boleh dengar dengan sharp bunyi RPG dilepaskan.

Untuk runut bunyi, OK lah. Sebab dia tak secatchy Kita Sentiasa Terbaik yang akan sangkut kat kepala even bila keluar wayang.

2: CINEMATOGRAPHY

Cinematography wise, tak banyak yang melibatkan scene luar perang dan waktu siang, so memang mencabar. So Emak puji camera angle yang cuba di posisikan dalam beberapa sudut supaya ruangan battle tu difahami penonton. Sebagai contoh nak tunjuk betapa keciknya ruangan waktu team Alpha yang dari ACV 21 dan 54 yang 'sesat' tu battle sampai habis peluru. Memang kena kepung semua sudut kot. So camera pelbagai angle termasuk arial view memang membantu.

Camera movement pun takde yang goyang tak tentu hala. Smooth. Transition pun clean. Awal-awal lagi dah ada mask into transition to the next scene yang tak payah nak explain panjang waktu camera zoom pada mata Left Dahari (Zahiril Adzim)

3. PLOT

Emak rasa ramai cakap jalan cerita sampai. Betul la. Memang boleh faham dari mula sampai akhir. Awal tu kita boleh tengok waktu mereka nak berlepas (yang ini walaupun Emak sekolah rendah je waktu tu, tapi memang ingat sebab keluar surat khabar dan TV), kemudian Adrian masih mengekalkan style bagi babak 'umpan' dulu dengan team Alpha diberi misi selamat kan tawanan awam. Emak paling excited waktu tengok Gagak (watak Gambit dalam paskal ) masih jadi Sniper. Selain Gagak, ada Jerung, Ustaz dan Misi dalam Malbatt ni tapi semua tak terlalu menyerlah. Nanti Emak ulas kenapa.

Lepas settle scene tu, dah agak mendatar. Rasa macam dragging sikit pun ada. Walaupun sakit hati waktu tentera US dok tak kenai kita, tapi sakit hati tu tak berapa cukup kuat lah. Bila tank Pakistan berundur, pun Emak tak rasa lagi sangat sakit hati tu. Sebab tengah berkobar kan. Selepas tu, aksi tembak menembak yang agak lama...

Ramai touching ketika RPG berjaya tembus APC dan waktu tu Lans Koperal Fuad (Taufiq) laungkan azan. Emak rasa scene tu secara peribadi, boleh lagi improve sebab macam ada kurang sedikit. Sikitttt lagi nak sampai.

Klimaks pada Emak adalah bila Lans Koperal Ramlee (Shaheizy Sam) dan team dia terkepung. Memang ikut logic, mati. Habis dah. Tak ada bantuan. Peluru habis. Emak rasa anxious nya pada scene ni sebab waktu ni memang padu mimik muka dan dialog Sam. Korang kena tengok sendiri.

4. LAKONAN

Bukan mudah nak ingat semua watak sebab tak ada yang utama. Semua sama. Keliru pun ada tapi Emak boleh cakap, semua hebat dengan peranan masing-masing. Hatta si Dafi tu pun Emak bagi kredit sebab dia berjaya buat ikut peranan dia. Dekat sini kita tak rasa 'dekat' dengan mana-mana pelakon kerana semua saksama.

5. RUMUSAN

Bagi Emak, this movie dah do the justice to the real event. Ramai dah pun cakap benda yang sama. Bukan senang. Memang la CGI dia tu, kita harap lebih realisitik but despite that, yang lain-lain aspeknya harus dipuji

Fakta 1: Selain arah dan terbit, Adrian muncul sekejap sebagai pelakon extra, memegang watak Imran. Siapa perasan?

Fakta 2: Komando kita, yang GKK tu sejak tahun 1960an dunia dah iktiraf sebenarnya. Kita ni hebat bukan setakat di hutan. Taktikal kita pun bukan sebarangan. Proses selection pun, ya ampun azab gila. Tengok la dokumentari full dekat YouTube dah ada pasal Komando Malaysia.

Fakta 3: Ada satu scene selit isu buli. Kejap je babak tu, seminit kot. Bagus lah selit. Sebab kita sejak dua menjak ni terpalit isu buli sampai maut. Yang terkenal kes buli Allahyarhamah Farhan (kes iron steam) tapi ada lagi kadet yang maut - Shahrizal (2008) dan Naim (2010) misalnya. Malah kalau korang rajin, pergi gali pasal tembakan amuk Prebet Adam di Chow Kit tahun 80an. Emak baca buku penuh tulisan Syahril. Sedih sebab puncanya adalah buli fizikal dan seksual di kem tentera.

OK la, panjang pulak menaip ni

Patut tengok ke tak? PATUT!
Nak bawak anak ke tak? BAWAK!
Anak umur 13 ke atas ya

Overall rating: 8/10

❤️,
Emak
Anak Askar

#MALBATTMisiBakara 

No comments:

Post a Comment

Instagram