Neraka di Aston Hall & Balderton Hospital

Sukar untuk saya bayangkan apatah lagi menahan perasaan ketika menonton satu dokumentari yang dihantar pensyarah tempohari.

Sebuah filem pendek, menyelak kembali lembaran sejarah di United Kingdom satu masa dahulu, yang tidak menerima adanya orang-orang istimewa disekeliling mereka.
Perfect People
Itulah tajuknya.
Hanya yang sempurna di terima masyarakat pada suatu ketika.
Jika anda mempunyai walau sedikit kelainan, neraka dunia akan menjadi tempat kediaman.
Cuba bayangkan jika anak kita sekecil usia 6 tahun, diambil dari keluarga lalu ditempatkan di sebuah hospital mental hanya kerana mungkin memiliki down syndrome, autism, adhd atau masalah pembelajaran yang lain, dapatkah dibayangkan perasaannya?
Sejak undang-undang gila diluluskan pada sekitar 1930-an, anak-anak ini ditempatkan antaranya di Balderton Hospital. Di hospital pula, terdapat sel-sel umpama penjara. Ada yang dipukul, ditempatkan di bilik pengasingan kerana tidak 'mengikut peraturan', dibogelkan, di cucuk segala macam ubat.
Kata Kevin, salah seorang penghuni selama lebih 40 tahun, mereka tidak tahu apa yang terjadi. Hanya ditangkap dan ditempatkan dan dilayan seumpama penjenayah.
"We were freightened, angry, sad, miserable, upset, worry...", kata beliau.
Menyentuh perasaan apabila ketika dokumentari tersebut, Kevin dan rakannya Jonathan di bawa ke hospital yang kini telah dirobohkan dan beliau meluahkan segalanya menerusi ucapan 'goodbye'. Segala kepahitan dan episod duka di selamat tinggalkan!



Dan beliau mengambil seketul bata lalu mencampaknya jauh, supaya tidak ada lagi tempat seumpamanya. Untuk sesiapa pun didunia.
Diskriminasi yang amat teruk, dipropagandakan oleh Francis Galton yang mencipta terma Eugenics, sambil melaungkan genetik yang baik sahaja berhak wujud. Malah tanpa bukti saintifik, mereka melobi parlimen untuk meluluskan akta bagi menghalang mana-mana orang kelainan upaya untuk mempunyai anak atas alasan mereka tidak berhak!
Kemuncaknya, bukan setakat dilarang mempunyai anak, malah mereka di 'sterelize'kan agar tidak akan pernah punya keturunan!
Di USA, akta diluluskan bagi 27 negeri untuk mewajibkan strelization kepada orang yang mempunyai masalah pembelajaran. German pula di bawah pemerintahan Nazi, membunuh 250,000 orang yang mempunya masalah pembelajaran.
Sejarah memang pahit untuk dikenang. Jika saya di zaman itu, saya akan kehilangan 3 daripada 4 orang anak. Amat kejam. Amat memualkan.
Dan diakhirnya, soalan dari pensyarah saya yang perlu dijawab sebaiknya,
"Adakah kita, sudah mengubah perspesi ke atas orang-orang istimewa? Adakah kita, sebagai sebuah komuniti, sudah peka dan dapat menerima mereka?"
Soalan saya,
Sudahkah anda?
Nota: Mari bantu saya kongsikan, supaya lebih ramai cakna dan tahu, lalu membuka mata

No comments:

Post a Comment

Instagram